Rabu, 14 November 2012

Persediaan untuk imtihan

bismillahirrahmanirrahim

Post kali ini ditujukan kepada semua sahabat-sahabat yang bakal menghadapi peperiksaan kuliah tidak lama lagi. dan pasti tidak dilupakan ahli bait yang paling dekat..oh mr hubby..=)

Bila terdengar tarikh exam dah keluar, terus teringat beberapa bulan yang lepas, perasaan yang sama dirasai oleh mereka waktu ini. rasa takut,cuak, nak nangis dan macam2 perasaan bercampur baur. Apa taknya, exam lagi beberapa minggu ,buku satu helai pun tak selak lagi, bersih macam baru beli semalam. hehe..

Dalam keadaan masa yang dah semakin suntuk, jadual belajar dan strategi tetap dibuat bagi merancang kejayaan walaupun harapan yang ada cukup tipis.

Dan kugagahkan jua tangan2 untuk menyelak, ku pujuk mata untuk bertahan membaca (walaupun lebih banyak tewas dan tertido). Dengan semangat yang bersisa itu,akhirnya dapat juga ku habiskan pengajian 4 tahun di alazhar, kaherah dan berjaya melangkah di pentas ACC di hari konvokesyen pada tarikh 9/10/12.

Kalau nak kata saya ni itqan takla, tapi  meh saya kongsi antara perkara yang saya perlu lakukan di waktu study leave (khususnya kepada pelajar Alazhar):

1. membuat JADUAL menghabiskan bacaan buku + faham paling kurang 2 kali - penting untuk dapat gambaran subjek tersebut dan lebih yakin untuk jawab exam
2. membuat NOTA bagi setiap mata pelajaran - penting untuk kegunaan waktu2 nazak di hadapan dewan peperiksaan.
3. STUDY GROUP untuk madah2 mudah dan ke kelas tutorial untuk madah2 yang susah.- penting untuk perkembangan ilmu dan percambahan idea
4. merancang masa untuk mengHAFAL DALIL- penting sebab markah banyak pada jawapan yang disertakan dengan dalil quran dan hadis
5. mengKAJI SOALAN2 tahun lepas - penting sebab banyak soalan berulang dan amat sayang kalau terlepas pandang

Lebih penting lagi, jangan dilupakan amal2 kita, kerana ia menjadi bonus dan nilai tambah untuk kita capai kejayaan :

1. banyakkan ringan tulang membantu sahabat2 yang lain, jangan terlalu sibuk dengan study sehingga mengabaikan tanggungjawab di rumah
2. banyakkan qiam dan berdoa untuk kejayaan diri sendiri dan sahabat-sahabat lain. sebut nama semua sahabat2 kita yang bersama2 nakkan kejayaan, sekali kita doakan orang lain tanpa pengetahuannya, beribu malaikat di langit akan mendoakan kita.
3. banyakkan bersedeqah kerana sedeqah membuka pintu rezeki. cth : belanja akhawat atau belikan hadiah untuk setiap akhawat walaupun sekecil pengepit rambut.
4. bantu ajar orang lain apa yang kita faham (tapi jangan buat ajaran sesat), jangan kedekut ilmu dan minta orang lain ajarkan apa yang kita tak faham
- hikmahnya : - bila kita bantu orang, akan menambahkan kefahaman kita dan kita akan mudah hafal apa yang kita ajar -bila kita minta orang lain tolong ajarkan, akan menambahkan rasa tawadhu' dan rendah diri dan jauh dari sifat sombong.

Persediaan semasa exam :

1. Niat ikhlas kerana Allah
2. Mulakan menjawap dengan baca bismillah dan berdoa seikhlas hati, mohon pada Allah dan rasakan bahawa kita tiada daya melainkan dari Allah
antara doanya : Ayat seribu dinar, ayat kursi, surah alam nasyrah 3x selawat sebanyak2nya.
3. tulis muqaddimah di permulaan jawapan cth : alhamdulilahirabbil alamin....
4. Jika lupa, selawat dan niatkan moga Rasulullah dengar luahan hati kita dan mendoakan kita. *Rasulullahkan dipulangkan rohnya untuk jawap salam kita.
5. Tawassul dengan amal baik yang pernah kita lakukan dengan ikhlas. macam dalam hadis yang 3 orang dalam gua tu.

selepas exam :

1. tawakkal dengan sesungguh2nya. doa dengan sepenuh hati. gunakan masa2 mustajab agar doa kita Allah dengar dan kabulkan.
2. minta doa dari mereka di sekeliling kita kerana boleh jadi ada doa diantaramereka yang Allah perkenankan.
3.  kumpul strategi untuk exam yang akan datang.cara belajar yang lebih kita selesa dan plan awal untuk exam akan datang.

Semua usaha yang dilakukan akhirnya perlu dikembalikan pada Allah, kerana kejayaan atau kegagalan telah pun Allah tetapkan bagi setiap seorang dari kita. Namun, apa yang penting kita yakini bahawa natijah bukanlah segala2nya, usaha dan amal itu yang dihitung dan diganjari oleh Allah. Untuk sahabat2 yang sedang berjuang lawan nafsu tidur, makan, bersembang dan sedang berpenat lelah dalam memahami ilmu  Allah, bersabarlah. mungkin hasilnya tak mampu kita lihat sekarang, tapi pasti kita akan nikmatinya suatu hari nanti.

من يرد الله به خيرا يفقهه فى الدين  
"siapa yang Allah inginkan untuknya kebaikan, Allah akan memberikan kefahaman dalam agama kepadanya,."

ok, itu saja untuk kali ini. bittaufiq wannajah untuk suami tercinta, semua akhawat dan sahabat2 yang bakal menduduki imtihan. saya mendoakan kejayaan kalian semua, moga Allah memudahkan segala urusan kalian. Kejayaan kita adalah kejayaan untuk ummah..

~ bersama membangun mahasiswa beragenda ~

MUMTAZ UNTUK UMMAH!










 




Isnin, 16 Julai 2012

sahabat sampai SYURGA

Lama sungguh rasanya tak menulis di blog ni. hari ini, hati rasa nak menaip sesuatu walau dalam fikiran kosong. kosong. 

Tajuk yang ditulis diatas pun sekadar menzahirkan kata hati, rindu pada sahabat-sahabat yang nun jauh disana. tak sabar nak jumpa mereka semula nanti.

Taknak biarkan entri kali ini hanya sekadar jadi tempat luahan rasa, jadi nak kongsi sedikit apa yang didapati dari program baru-baru ni. JALINAN!

Bila dapat maklumat tentang program ni, rasa malas nak pergi. tapi tengok jugak promonya. ermm, antara pengisiannya adalah TARBIYYAH DZATIYYAH yang disampaikan oleh ustaz rusydi. dah lama nak tau apa itu tarbiyah zatiyah. maklumla, kita ni bukan pelajar hira' atau dari kecik ikut tarbiyah. maka banyakla perkara tak tau. selalu tertanya-tanya apa itu tarbiyah zatiyah, kalau tarbiyah biasa je dengar, tapi kenapa ada tambahan zatiyah tu? ermm, musykil2!

So, dengan muntalaq tersebut maka, ku langkahkan kaki ini dengan gigihnya naik komuter sehingga sampai ke Nur bukit unggul. 

Sesampainya disana, ceramah ustaz abdullah zaik hampir sampai ke penghujung. tajuk ustaz lah, ISMA, kuasa ketiga dan... tak ingat sangat.

Penyampaian kedua tentang liberalisme dari ustaz Hazizi dan yang ketiga dr Aznan tentang akidah islam dan good governance :pandangan ISMA.
 
Tertarik dengan penyampaian dr Aznan. setelah sekian lama ingin mendengar sendiri penyampaian beliau, akhirnya tercapai juga. sangat kagum dengan beliau yang menghafal alquran, hadis, dan kata-kata arab dengan baik. speaking pun hebat. masyaallah tabarakallah. emm, sebenarnya tak berapa faham tajuk nya. tapi melalui apa yang disampaikan, dapatlah disimpulkan bahawa :

Rasulullah adalah utusan membawa risalah jihad. Jihad bukan sekadar dengan pedang malah, dengan pengorbanan dan kesabaran. Tarbiyah adalah paksi perubahan yang ingin dibawa dalam masyarakat. manhaj islam yang diterapkan adalah yang syumul dan bukan terpisah ruhi dan fikrahnya. 

Rasulullah begitu menekankan 3 perkara sejak di Mekah lagi iaitu:

1. pembentukan individu
2. pembentukan keluarga 
3. pembentukan masyarakat

Individu muslim :

Melahirkan seoarang akh yang benar-benar mantap akidahnya, yang tidak melihat hidupnya melainkan untuk Allah. TAJARRUD! melahirkan akh yang hidupnya sentiasa bersama Allah. yang tidak akan rasa sunyi walau berseorangan.

Keluarga muslim : 

Membawa keluarga menghormati bahkan mengimani fikrah kita.

sentiasa mengingatkan pasangan bahawa, kita bertemu di atas jalan dakwah, bersama atas jalan dakwah dan akan berkumpul semula di syurga kerana dakwah. insyallah!

Masyarakat muslim :

melahirkan masyarakat yang memahami fikrah yang kita bawa.

banyak lagi contoh-contoh dan kupasan dr aznan yang sangat menarik. tapi rasanya ni la point utama yang nak disampaikan.

Ust rusydi pula bercerita tentang tarbiyah zatiyah. 

Antara pointnya :

1. tarbiyah zatiyah vs tarbiyah jama3iyah
2. dzatiyah : dorongan dalaman yang menolak seseorang untuk melakukan sesuatu amalan dan amalan tersebut dilakukan tanpa sebarnag penugasan atau suruhan.
3. perlu banyakkan berdoa supaya dithabatkan atas jalan dakwah
4. kalau bergantung kepada tarbiyah jama3iyah susah nak berkembang.
5. seorang akh perlu sentiasa berusaha meningkatkan diri sendiri , tak perlu tunggu naqib.

ini la kesimpulannya. moga kita semua dapat istifadah dari catatan ini. 

wallahu alam.












 

Ahad, 1 April 2012

hati yang menulis ~


Dalam kesibukan menjalani hari-hari, hati ku merasakan kekosongan. Kosong dari perasaan suci menghadap ilahi, rindu, cinta, berat untuk mengalirkan air mata taubat.

Nak jumpa orang rasa susah, apatah lagi nak buat DF dan lain2. Kenapa aku tak mampu jadi seperti orang lain? disukai ramai, disenangi bahkan diingati dan disebut-sebut bila mereka tiada. Alasan tak pandai bercakap, bukan alasan kukuh. Ada contoh mereka yang bercakap bila perlu tapi mampu mengesani manusia di sekeliling mereka.

Jadi dimana masalah aku sebenarnya?

Akhirnya aku mendapat jawapan. Kata-kata taujih seseorang yang begitu mengesani aku. Mungkin kerana keikhlasan beliau menyampaikan. Moga Allah mengganjarinya.

Beliau katakan bahawa : bagaimanapun usaha dan juhud yang kita telah kerahkan untuk deen ini, jika ada kekurangan pada amal tersebut, mungkin kita perlu cek semula.

1) berapa banyak dosa-dosa kecil kita yang kita selalu buat tak kisah

2) berapa banyak dosa-dosa besar kita yang selalu kita biarkan

3) dan berapa banyak kecuaian kita dalam menunaikan amanah yang telah dipertanggungjawabkan ke atas kita.

hati ku tersentak! aduh! memang benarlah, sebanyak mana pun tugasan dan kerja kita, pasti tak lari dari amalan hati kita. Taubat, qiamullail, tilawah alquran dan amalan-amalan lain yang sebenarnya menjadi booster untuk kita terus beramal dan mendapat natijah yang terbaik. Andai berlaku kelalaian dalam perkara tersebut, maka buatlah apa pun, pasti ada sahaja rintangan yang menghalang.

احفظ الله يحفظك
jagalah Allah pasti Allah akan menjagamu.

Jadi, apa nak buat lepas ni?

1) muhasabah diri, ingat dosa-dosa dan kecuaian yang pernah kita lakukan

2) menangis sepenuh hati, mohon pada Allah agar Allah ampunkan segala dosa kita walau setinggi gunung sekalipun
3) banyakkan berdoa, moga Allah memudahkan segala urusan, mengurniakan ilham dan petunjuk dalam setiap apa yang akan kita lakukan selepas ini

Konklusi : Kuatkan hubungan cinta dengan Allah, bercinta dengan sepenuh hati. Serahkan segala padaNya. Hanya Allah yang mengetahui yang terbaik untuk kita. Kejar cinta Allah, pasti cinta manusia akan mengejar kita. Semuanya kerana dakwah ini adalah dakwah cinta, perjalanan ini adalah perjalanan hati.

Wallahu a3lam