Selasa, 25 Oktober 2011

Antara KITA dan MEREKA




mereka (kafir)~ amal kebaikan mereka seperti abu yang diterbangkan angin di hari ribut kencang..surah ibrahim:18

manakala ,

kita (mukmin)~ amal kita jika diniatkan benar tanpa terselit riya' akan menjadikan kita tetamu istimewa di jannah FIRDAUSNYA..surah kahfi:107


Wahai muslim, Sedarkah kita akan perbezaan yang amat besar ini? amalan kita sekecil mana pun ia akan mendapat ganjaran yang amat besar jika ia dilakukan ikhlas kerana Allah taala. Tetapi bagi orang kafir, apa saja amalan baik yang mereka lakukan, mereka hanya akan dipandang mulia di dunia ini tapi tidak di akhirat. Kekufuran mereka sudah cukup untuk melenyapkan segala amalan baik tersebut di hadapan Allah nanti.


Oleh itu,marilah kita memperbanyakkan amal,dari sekecil-kecil amal sehinggalah sebesar-besarnya.
Lakukanlah amal soleh sebanyak-banyaknya kerana amat banyak janji yang Allah berikan kepada mereka yang beramal soleh.diantaranya :

إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ كَانَتۡ لَهُمۡ جَنَّـٰتُ ٱلۡفِرۡدَوۡسِ نُزُلاً (١٠٧) خَـٰلِدِينَ فِيہَا لَا يَبۡغُونَ عَنۡہَا حِوَلاً۬ (١٠٨
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, disediakan bagi mereka Syurga-syurga Firdaus, sebagai tempat tetamu (yang serba mewah). (107)Mereka kekal di dalamnya, (dan) tidak ingin berpindah daripadanya.(108)surah kahfi
فَمن كَانَ يَرۡجُواْ لِقَآءَ رَبِّهِۦ فَلۡيَعۡمَلۡ عَمَلاً۬ صَـٰلِحً۬ا وَلَا يُشۡرِكۡ بِعِبَادَةِ رَبِّهِۦۤ أَحَدَ١.
Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah dia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya. (110)(surah kahfi)
إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ فَلَهُمۡ أَجۡرٌ غَيۡرُ مَمۡنُونٍ۬ ٦
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus. (6)surah tiin.

:: wallahu a'lam ::

~Allahumma ballaghtu allahumma fasyhad~