Ahad, 20 Disember 2009

~ "HAPPY NEW YEAR" ~

Rasanya masih belum terlambat untuk ana ucapkan Selamat tahun Baru untuk semua muslimin muslimat yang berada di muka bumi ni. Beberapa hari yang lepas kita dah masuk tahun baru 1 muharram 1431H. Tanpa kita sedar dah 1400 thn lebih Rasulullah tinggalkan kita. Rasa rindu yang teramat pada baginda lagi2 bila dengar kisah riwayat hidup baginda. Air mata rasa nak menitis. Betapa sayangnya Rasulullah pada kita..Ummat akhir zaman..


Bersempena dengan bulan Muharram ni, marilah sama2 kita tajdidkan niat dan azam kita supaya kehidupan pada tahun yang baru ini lebih tersusun dan sistematik. Dengan adanya target yang hendak dicapai, maka kehidupan akan lebih terfocus. Disamping itu, sama2lah kita muhasabah semula adakah segala azam dan cita2 kita pada tahun yang lepas sudah tercapai ataupun masih tertunggak dan perlu dibawa ke tahun ini..

Disini, ana ada sertakan amalan2 yang digalakkan di bulan yang mulia ini. Semoga dengan amalan sunnah yang kita lakukan ini akan menambahkan berat mizan kita di akhirat kelak..

Puasa hari A’syura:

1- Ibn ‘Abbas meriwayatkan yang bermaksud: “Apabila Nabi saw datang ke Madinah, Baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari ‘Asyura, lalu Baginda bertanya: ((Apakah ini?)). Mereka menjawab: “Hari ini adalah hari yang baik di mana Allah telah menyelamatkan padanya Nabi Musa dan Bani Israil daripada musuh mereka, maka Musa pun berpuasa”. Lalu Baginda saw bersabda: ((Aku lebih berhak dengan Musa daripada kamu)), maka Baginda pun berpuasa dan menyuruh orang ramai supaya berpuasa“. (Riwayat al-Bukhari )

2- A’isyah r.a berkata (maksudnya): “Rasulullah saw telah mengarahkan supaya berpuasa pada hari A’syura, dan apabila telah difardhukan puasa Ramadhan, maka sesiapa yang hendak berpuasa (hari A’syura) maka dia boleh berpuasa, dan sesiapa yang hendak berbuka maka dia boleh berbuka (tidak berpuasa)“. (Riwayat al-Bukhari & Muslim).

3- Daripada ‘Aisyah r.a berkata yang bermaksud: “Orang-orang Quraish di zaman jahiliyah berpuasa pada hari ‘Asyura, dan Rasulullah saw juga berpuasa pada hari A’syura. Maka apabila Baginda datang ke Madinah, Baginda berpuasa pada hari itu dan menyuruh orang ramai berpuasa. Apabila difardhukan kewajipan puasa Ramadhan, ditinggalkan puasa pada hari ‘Asyura lalu Baginda bersabda: ((Sesiapa yang mahu, maka dia boleh berpuasa, dan sesiapa yang tidak mahu berpuasa, maka dia boleh tinggalkannya)). (Riwayat al-Bukhari & Muslim)Inilah beberapa contoh hadith sahih yang menyebut tentang puasa pada hari ‘Asyura.

Daripada hadith-hadith ini dapat difahami bahawa puasa pada hari ‘Asyura merupakan suatu perkara yang wajib sebelum daripada difardhukan puasa Ramadhan. Apabila difardhukan puasa Ramadhan pada tahun ke-2 Hijrah, maka kewajipan ini telah gugur. Namun ianya tetap digalakkan dan merupakan salah satu daripada sunnah yang sangat dituntut. Inilah diantara kesimpulan yang disebut oleh al-Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani (w 852) dan al-Imam Muslim (w 676) ketika menghuraikan hadith-hadith tentang puasa ‘Asyura ini.(Rujuk Fath al-Bari, Kitab al-Saum, Bab Siyam Yaum ‘Asyura, 4/309, dan al-Minhaj Syarh Sahih Muslim, Bab Saum Yaum ‘Asyura‘ 4/245).

Fadhilat Puasa Hari ‘Asyura

Sesungguhnya kelebihan yang dijanjikan oleh Rasulullah saw bagi sesiapa yang mengamalkan puasa sunat ini amatlah besar. Diantaranya ialah apa yang diriwayatkan oleh Qatadah (maksudnya): “Bahawasanya Rasulullah saw ditanya tentang puasa hari ‘Asyura, lalu Baginda saw menjawab: ((Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu)). (Hadis sahih riwayat Imam al-Tirmizi).
Di dalam riwayat yang lain pula disebutkan bagaimana Rasulullah saw begitu mengambil berat dan memberi keutamaan kepada amalan puasa pada hari ‘Asyura ini. Hal ini sebagaimana yang disebut oleh Ibn Abbas bahawa beliau pernah ditanya tentang puasa pada hari ‘Asyura ini, lalu beliau berkata: “Aku tidak pernah ketahui bahawa Rasulullah saw berpuasa sehari kerana mencari kelebihannya di atas hari-hari yang lain kecuali pada hari ini, dan Baginda tidak berpuasa sebulan kerana mencari kelebihan di atas bulan-bulan yang lain kecuali bulan ini, iaitu: Ramadhan”. (Riwayat Imam Muslim)

Puasa Tasu’a (hari ke-9 Muharam)

Selain daripada berpuasa pada hari ‘Asyura ini, kita juga digalakkan untuk berpuasa pada hari sebelumnya iaitu hari ke-9 Muharram. Ini berdasarkan beberapa hadis sahih, antaranya ialah:

1- Daripada Ibn Abbas r.a berkata (maksudnya): “Ketika Rasulullah saw berpuasa pada hari ‘Asyura, Baginda turut mengarahkan orang ramai supaya turut berpuasa. Lalu mereka berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya hari ini adalah hari yang dibesarkan oleh kaum Yahudi dan Nasrani. Lalu Rasulullah saw bersabda lagi: ((Sekiranya di tahun depan, jika diizinkan Allah, kita akan berpuasa pada hari ke-9)). Ibn Abbas berkata: Tidak sempat munculnya tahun hadapan, Rasulullah saw wafat terlebih dahulu.”. (Riwayat Imam Muslim)

2- Daripada Ibn Abbas r.a berkata, bahawa Rasulullah saw bersabda (maksudnya): ((Sekiranya aku masih hidup hingga tahun hadapan, nescaya aku pasti akan berpuasa pada hari ke-9)). (Riwayat Muslim).Imam al-Nawawi (w 676) dalam menghuraikan hadis-hadis ini telah menukilkan pendapat Imam al-Syafie dan ulamak di dalam mazhabnya, Imam Ahmad, Ishak dan yang lain-lain bahawa mereka semua ini berpendapat bahawa disunatkan berpuasa pada hari ke-9 dan hari ke-10, kerana Nabi saw berpuasa pada hari ke-10 (‘Asyura) dan berniat untuk berpuasa pada hari ke-9 (tahun berikutnya). Imam al-Nawawi menyambung lagi: “Sebahagian ulamak berpendapat bahawa kemungkinan sebab digalakkan berpuasa pada hari ke-9 dengan hari ke-10 ialah supaya tidak menyamai dengan amalan kaum Yahudi yang hanya berpuasa pada hari ke-10“. (Rujuk: al-Minhaj syarh Sahih Muslim, Bab al-Siyam, (Beirut: Dar al-Ma’rifah , cet.7, 2000), jil 4, hal. 254) .

Justeru, marilah kita merebut peluang di kesempatan bulan yang mulia ini untuk menambahkan amalan kita dengan berpuasa sunat. Renungilah saranan yang diberikan oleh Rasulullah saw seperti mana yang diriwayatkan oleh Jundub bin Sufian bahawa Rasulullah saw bersabda (maksudnya): ((Sesungguhnya solat yang paling utama selepas solat fardhu ialah solat diwaktu tengah malam dan puasa yang paling utama selepas puasa Ramadhan ialah puasa di bulan Allah yang kamu panggilnya Muharram)).(Hadis riwayat Imam al-Nasa’ie dengan sanad yang sahih).

Dipetik dari blog : http://akob73.blogspot.com/2008/12/muharam-elakkan-kepercayaan-karut.html

Wallahul musta'an..

Khamis, 12 November 2009

Allah menolak 1 doa dari 3 doa Rasulullah


Amir bin Said dari bapanya berkata bahawa : "Suatu hari Rasulullah SAW telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah SAW sampai di masjid Bani Muawiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah SAW. Kemudian Rasulullah SAW berdoadengan doa yang agak panjangkepada Allah SWT Setelah selesai beliau berdoa maka Rasululah pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud : "Aku telah bermohon kepada Allah tiga perkara, dalam tiga perkara itu,Dia cuma memperkenankan dua perkara sahaja dan satu lagi ditolak."

1) Aku telah bermohon kepada Allah supaya ia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah.

2) Aku telah bermohon kepada Allah supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam ( seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh s.a ) Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah.

3) Aku telah bermohon kepada Allah supaya umatkutidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara sesama islam ). Tetapi permohonanku ini telah ditolak).

Apa yang kita lihat hari ini ialah negara-negara islam sendiri bergaduh antara satu sama lain, hari ini orang islam bergaduh sesama sendiri, orang kafir menepuk tangan dari belakang, APAKAH INI YANG KITA MAHU??




Selasa, 3 November 2009

~Hayati kulluha lillah

Teringat kuliah seorang ustaz ada menyebut, menurut satu ayat Quran ni, "Sesungguhnya Allah membeli dari org2 mukmin itu, jiwa2 dan harta2 mereka dan bagi mereka itu syurga."
Syurga itu milik Allah, Allah minta pada kita harta dan jiwa kita..tapi hakikatnya jiwa dan harta tu adalah milik Allah jugak. Tapi Allah gantikan yang lebih baik sebab Allah tahu apa yang lagi baik untuk manusia ni. Allah nak bagi syurga pada kita.

Beliau kata lagi, hidup kat dunia ni cuma 60-70 tahun je. Kalau orang jepun mungkin lama sikit. sampai 80 thn. Dunia ni ibarat ladang akhirat. Hidup di akhirat itu yang abadi selamanya. Apa yang kita kena buat kat dunia ni ialah hanya ibadah. Tapi ibadah tu bukanla khusus kepada apa yg Allah dah tetapkan je.mcm solat, puasa , zakat dan sebagainya. Bahkan ia merangkumi semua aspek kehidupan manusia. termasuklah tido dan makan. Dan ibadah itu membawa maksud apa yang dipraktikkan oleh Rasulullah, para anbiya' dan para solihin.

Maka sunnah yang paling besar adalah Dakwah dan perjuangan untuk meninggikan kalimatullah atas muka bumi ini. Dan..ubudiyyah tu jgk bmaksud segala apa yang Allah suka dan redha dari perkataan dan perbuatan.

Allah ada berfirman : "Sesungguhnya Allah suka mereka yang berjihad di jalannya.."
Allah sebut lagi : "Sesiapa yang lebih baik kata2nya dari mereka yang menyeru kepada Allah.."

Maka marilah sama2 kita gunakan seluruh potensi dan kelebihan diri yang ada untuk menyeru ummah yang semakin hari semakin hanyut dengan budaya yang entah apa2. Gunakan ianya hanya dalam kehidupan untuk Allah..

Lagi satu, nak tau x siapa perempuan pertama yang akan masuk syurga??..
Beliau ialah orang yang menarik kuda Sayyidah Fatimah untuk masuk syurga...anak Rasulullah pun xjadi orang pertama masuk syurga.. betapa hebatnya wanita ini..nak tau apa amalan wanita tu sampai dia boleh jadi orang pertama masuk syurga?..

Menurut riwayat, beliau adalah seorang yang sangat mentaati suaminya. sentiasa menunggu suaminya apabila suami pulang dari bekerja dan sentiasa bersedia untuk melakukan apa sahaja untuk suaminya. hmmm..apa yang ana nak sampaikan kat sini bukan nak suruh kawin..tapi, siapapun kita, dimana pun kita berada dan dalam apa keadaan sekalipun kita mesti sentiasa berusaha untuk melakukan yang terbaik. Yang penting gunakan segala kemampuan kita untuk Allah dan rasul..Moga segala amalan kita diterima oleh Allah dan dilimpahkan rahmat dan kasih sayangNya..

Wallahua'lam~

Rabu, 14 Oktober 2009

~ Kisah La'allahu khoir (mudah-mudahan ianya baik)~

Kisahnya bermula begini, tersebutlah kisah seorang raja..memerintah sebuah negara yang aman damai. Beliau mempunyai seorang menteri yang soleh dan banyak membantu beliau dalam urusan pemerintahan.

Nak jadi cerita, pada suatu hari, sang raja memotong sebiji epal. Tiba-tiba, beliau terpotong jarinya sendiri. Sang raja memberitahu kepada menteri tersebut tentang hal jari yang telah terputus. Menteri berkata " La3allahu khoir ( mudah-mudahan ianya baik)"

Apabila raja tersebut mendengar kata-kata menteri itu, beliau pun marah yang amat sangat. Apa lagi, beliau pun memerintahkan tentera-tenteranya utk menangkap menteri tersebut dan memasukkannya ke dalam penjara utk dipenjarakan seumur hidup.

Menteri itu tersenyum sahaja sambil berkata " La3allahu khoir"..

Beberapa tahun kemudiannya, ketika mana si menteri masih berada di dalam penjara..Sang raja telah pergi berburu di hutan. Sedang asyik mengejar rusa utk dijadikan bahan buruan, sang raja terlupa yang beliau telah tersesat jauh dari tentera-tenteranya.

Rupa-rupanya, si raja tersebut telah memasuki satu kawasan pekampungan orang asli. Di kampung tersebut, sedang dijalankan satu perayaan sempena menyambut hari suci mereka.
Mereka akan menyembelih dan mamanggang manusia utk dijadikan hadiah kepada tuhan mereka. Nampaknya, si raja amat bertuah kerana akan menjadi bahan hadiah utk disembelih. Akan tetapi, apabila diperiksa tubuh badan si raja itu, org asli tersebut telah membatalkan utk menyembelih beliau. Ini kerana terdapat kecacatan di jari raja itu. Kata mereka, hadiah utk tuhan tidak boleh ada cacat celanya. Maka terselamatlah si raja dari menjadi mangsa sembelihan orang-orang asli di kampung itu.

Apabila raja balik ke nagerinya, beliau memerintahkan supaya di lepaskan menteri tersebut. Beliau berterima kasih kepada menteri itu dan telah mendapat pengajaran dan hikmah disebalik kecacatannya.

Namun, yang menjadi kemusykilannya, mengapakah menteri itu turut mengatakan "La3allahu khoir" ketika dipenjarakan??

Jawab menteri itu : Kalaulah saya tidak dipenjarakan, nescaya saya akan mengikuti tuanku berburu..Kalaulah saya mengikuti tuanku berburu, pastilah saya yang akan tertangkap dan disembelih utk dijadikan hadiah tuhan mereka kerana saya tidak mempunyai kecacatan..dan pastilah saya akan mati..

Mendengar jawapan tersebut, si raja sangat berpuas hati dan gembira kerana memiliki perdana menteri yang cukup warak dan soleh.. Menteri tersebut hanya menyerahkan segala urusan hidupnya pada Allah..meletakkan tawakkal yang tinggi pada Allah dan sentiasa redha terhadap apa yang berlaku..


Wallahu a3lam..











aduhai hati..

Dah beberapa hari berlalu, kuliyah berjalan seperti biasa. Kadang-kadang bila xdapat pergi kuliah kerana terpaksa menyelesaikan urusan lain, rasa terkilan sangat. Yela, takut terlepas muqarrar yang dah ditetapkan. Tapi, nak buat macamana, aulawiyat mesti ada. Tau yang mana penting untuk didahulukan.
Minggu ni, antara urusan yang perlu diselesaikan ialah urusan zakat. Banyak tempat yang nak di apply. hmm..banyak jugak ujian yang mendatang. Bak kata orang, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Segala urusan yang dilakukan mesti ada sesuatu yang membuatkan hati xtenang. Ada tempat kena marah dengan pakcik arab tu,ada tempat kena halau..
Namun, segalanya perlu dilalui dengan tenang dan redha. Orang kata, nak hidup kat tempat orang ni, kena la terima segalanya. Budaya dan adat mereka xsama dgn kita. Orang melayu ni lemah lembut. Seperti slogan yang selalu diwar-warkan dalam iklan kat tv1 tu "Budi bahasa budaya kita"..
Kalau dengan orang arab ni,memang payah nak jumpa yang senyum -senyum bila buat kerja.Kalau ada pun, satu dalam 50 orang kot. Kebanyakannya, lebih kepada tegas dan agak kasar bila berbicara.
Tapi, tu semua xpenting..apa sekalipun yang kita lalui..saya selalu ingat pesan ayah," selalu think positif!"..Walau macamana buruk pun seseorang tu, pasti ada kebaikannya. Antaranya, yang paling penting ialah, bila kita berurusan dengan orang yang lebih tegas, kita akan jadi lebih serius dalam buat kerja. Tak boleh main2 lagi. Dan kita jugak akan lebih kuat dan keras hati bila menghadapi sesuatu. Takdela bila orang gertak atau kutuk sikit, dah nak nangis..hihi..sifat ni lah yang bagus dipupuk lagi-lagi sebagai daie. Seorang daie tu, xdpt tidak, mesti akan mendapat cercaan dan tohmahan. Sedangkan Rasulullah sendiri pun diejek dan dikutuk..Bila kita hadapi situasi ni, kita xkan cepat melatah dan menjawap segala tohmahan yang dilontarkan pada kita. Yang penting, asbab tohmahan tersebut. Andai ia berpunca dari dakwah yang kita sampaikan, maka tak hairanlah, tapi, kalau ia disebabkan oleh akhlak kita, maka lebih baiklah kita bermuhasabah diri..Bak kata orang putih, recheck semua amalan kita, Adakah ia membawa fitnah kepada dakwah ataupun tidak??..

Isnin, 12 Oktober 2009

Antara dua??

Haisy..Dapat zakat pun susah..xdapat zakat lagila susah..

Rungsingnya bila memikirkan nak buat pilihan antara dua..
Nak pilih zakat kuwait ke bantuan WAMY??

dua2 ada kelebihan dan kekurangan yang tersendiri..
"Ya Allah tunjukkanla yang mana yang terbaik untuk hambamu ini"

Sabtu, 10 Oktober 2009

berita minggu ini..

Nampaknya minggu ini lebih banyak rehat dan tak kemana-mana..Jadi, xbanyakla cerita yang nak diceritakan.

Semalam, kami dapat jemputan rumah terbuka di suatu tempat yang bernama Sayeda Zainab..Rumah sahabat medic..kami pergi beramai-ramai dengan 2madam dan 3org sahabat yang lain.K.Mahfudzah membawa anaknya mariam, sambil K.Mardhiyah bawa 3anaknya yang comel belaka iaitu abang Huzaifah, kakngah Umniyah dan baby Usaid..seronok tengok gelagat diorang ni..bijak dan hepi sentiasa.Kebetulan k.Mahfudzah ada kamera. Apalagi, ana pun sakan la tgkap gambar. Tapi, ana xdapat tunjukkn lagi sbb semua gambar2 tu ada kat k.mahfudzah. Nantikan tau!

Ahad, 4 Oktober 2009

Ceritera hari raya

Sebenarnya kalau ikutkan hati, memang dah malas nak cite pasal raya. Tapi memandangkan ada sahabat ana yang bertanya pasal rendang yang masak malam raya tu..Sedap ke??Laku ke??..tak boleh jadi ni..ana kena lakukan sesuatu..so,ana ambik keputusan untuk ceritakan apa yang berlaku di pagi hari raya.

Al-kisahnya macam ni..Lepas balik dari masjid Salam utk solat raya, ana dan akhawat lain berjalan beramai-ramai ke rumah Zinnirah(nama rumah). Rumah Zinnirah buat open house hari ni. Banyak makanan diorang masak. Ada rendang, kuah kacang, mee goreng, nasi impit dan kuih raya..boleh tahan gak diorang masak..

Bila dah kenyang dan duduk agak lama sikit, ana dan ahli bayt pun nak minta diri utk balik rumah. Dalam jadual hari ni, ahli bayt ana ada dpt jemputan rumah terbuka di markaz singapura. Ana dan ahli bayt yang lain pun dijemput sama. Untuk pengetahuan semua, 2org ahli bayt ana adalah warga singapura. So, kitorang pun walaupun bukan warganegara yg sama tp nak join skali la..

Nak dijadikan cerita, kakak-kakak dr Alex nak datang beraya di rumah kami. Kami pun bawakla lebih kurang 5-6 orang ke rumah kami. Sampai di rumah, kami hidangkanla lauk pauk yang ada iaitu rendang ayam dan kuah kacang juga beberapa jenis kuih raya yang kami buat malam tadi.

Beberapa minit kemudiannya, ada lagi orang yang datang. Dan tetamu datang xputus2 selepas tu. Dari pelajar dirasat dan medic, semua ada. Ana pun xtau kenapa ramai sangat orang yang datang ni. Mungkin diorang ingat rumah kami pun buat open house macam rumah zinnirah jgk kot.

Tiba-tiba, handpone ana berbunyi. Ada sahabat ana call. Dia kata dia sekarang di rumah zinnirah dan nak datang ke rumah kami dengan membawa kawan2 dari negeri sembilan. Ana pun terus pegi tengok makanan cukup lg ke x..tapi nampaknya rendang dah tinggal seketul je ayamnya. Kuah kacang masih boleh ditambah air. Nasi impit dah nak abis..Ana pun cakap pada kawan ana yang makanan kat rumah kami dah nak abis. Ana suruh dia bagitau semua orang di rumah zinnirah supaya datang ke rumah kami pada hari raya ke2 kerana kami buat open house. Sebenarnya kami memang xplan langsung nak buat open house esok tp memandangkan ramai betul orang yang nak datang, kami pun buatla open house pada keesokan harinya..

Rancangan ana untuk ke rumah singapura terpaksa dibatalkan. Ahli bayt ana yang lain je yang pergi. Ana dan beberapa orang lagi stay kat rumah utk layan tetamu yang tak putus2 tu. Keesokan harinya, alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Walaupun di akhirnya makanan xcukup jgk tapi tak la sekalut semalamnya sebab ramai yang datang dalam keadaan kenyang. hihi..

Itu la cerita hari raya kami kat mesir ni. Macam-macam kerenah..Yela..semua benda kena buat sendiri..dari masak, kemas rumah, layan tetamu dan sebagainya. Kalau kat Malaysia, boleh nak harap kat mak dan ayah. Tapi kat sini xdptla..semua diri sendiri..

Apapun, semua perkara ni adalah proses pembelajaran. Kena banyak berfikir dan lakukan segala-galanya tanpa bantuan orang lain. Yakin dengan diri sendiri, berani dan kuat semangat. Semua ni juga proses tarbiyah dan islah diri. Memperbaiki diri untuk jadi yang lebih baik. Disamping tu, mengharapkan doa2 dan restu dari ibu bapa supaya sentiasa dalam redha dan rahmat Allah..:))

Sabtu, 3 Oktober 2009

Jaulah sekitar Kaherah 01102009

Perjalanan bermula pada pukul 8pg..Sepatutnya ikut plan pkl 7, tp pakcik tremco (van awam utk disewa) tu xdatang2..tapi xpe..memandangkan pakcik tremco 2 memang dah dikenali dan sangat baik hati, jadi kami pun menunggu dengan penuh sabar.Lebih kurang pukul 8,tremco pun sampai. Dengan hati yang gembira, kami menaiki tremco tersebut.

Destinasi pertama kami ialah, el-haram atau dengan nama lainnya Giza..ala kawasan yang ada piramid tu. Sampai-sampai je kami pun memulakan pengembaraan. Perkara pertama yang dilakukan olehku ialah mengambil gambar2 menarik di luar kawasan piramid.

Then, lepas dah settle semua urusan tiket, kami pun masukla ke kawasan piramid tu. Kitorang ni xde keje lain melainkan bergambar. Dari satu pose ke pose lain..macam-macam rupe dan gaya ada. Bila nak panggil untuk meneruskan perjalanan, masing-masing lambat je gerak. Sebabnya xabis tangkap gambar yang diingini lagi.




Yang paling seronok sekali kat piramid ni ialah, kitorang dapat naik unta dan kuda..memang pengalaman yang paling tidak dapat dilupakan..Disebabkan takut dan gayat, ana dan maye bergabung tenaga utk bersama di atas unta. Kami naik 2org satu unta. Mesti korang nak kata kitorang ni penakut. Tapi, klu nak tau, kitorang naik kuda sorang-sorang tau. hmm.sebenarnya kitorang berani je.Tapi mungkin nak manje2 kat atas unta la konon2nya..hehe..



...Bersambung....
Kali ni, saya ada buatkan video khas utk mereka-mereka yang sudi baca blog ni..movie ni sekadar nak kongsi cerita pasal ramadhan yang telah dilalui pada tahun ni..lebih kepada memenuhi jemputan berbuka puasa di beberapa tempat, contohnya World Association Muslim Youth (WAMY), dan tempat-tempat lain. Senang citer,tengoklaaa dulu..


Ujian demi ujian..

Tanpa dipinta, ujian yang agak besar menimpa kami. Tak tau perlu atau tidak untuk ana kongsi di sini. Tapi, ana rasa xperlu kot sebab mungkin akan menyebabkan masalah lain pulak berlaku. Oleh itu, sebagai langkah berjaga-jaga, ana terpaksa tutup mulut.

Sekadar perkongsian dan peringatan bersama, apabila kita ditimpa sesuatu masalah, tak perlu lah nak cepat melatah. Perlu ambik masa untuk periksa hal yang sebenar..Bak kata orang mesir ni..Tabayyun dulu..lepas tu baru ambik tindakan. Kan ada hadith jugak yang kata macam tu.
Tak perlu la nak jadi macam budak-budak. Kalau orang ambik barang dia je, terus nak mengamuk..be mature la sikit.

Kadang-kadang rasa penat tengok gelagat orang-orang besar yang macam budak-budak. Tak matang langsung. Lagi-lagi orang yang mendalami agama ni. Tapi tak pela..Moga Allah beri hidayah pada kita semua dan tak memalingkan kita selepas dikurniakan hidayahNya.

Di satu pagi raya...

Malam semalam tido dalam kepenatan. Tapi alhamdulillah, k.ain terjaga awal subuh. Dia yang kejutkan kitorang sume bangun subuh tu. Lepas tu,terus siap2 utk solat raya.

Mula2 xtau nak g solat kat mana. Kalau nak solat dgn org arab, kena kluar awal, sbb diorg solat pkul 6 lebih.hmm..tapi memandangkan rmai lagi yg tunggu turn nk masuk toilet, rasenye mcm xsempat nak g awl..jd, plan yg ke2 diatur..solat dgn pljr malaysia kt kompleks rumah negeri. agak2 pkl 7 lbih diorang start solat. tapi, nmpak gaya cam xsempat jgk sbb masih ada yg belum makan. Akhirnya keputusan diambil utk solat di Masjid Salam bersama dgn org Indonesia pkl 7.30..

Kami berjalan ke masjid. Rupanya kami datang agak awal. Selepas bergambar di hadapan masjid, kami masuk kedalam utk takbir raya bersama imam.

Teringat peristiwa malam tadi..Sambil memasak, kitorang dengan penuh sabar menanti bunyi takbir yg menandakan aidilfitri dah tiba. Tapi,tunggu punya tunggu..takbir xkunjung tiba. Yang ada cuma azan Isya'.

Agak lama selepas tu, terdengar bunyi sayup2..Allahu akbar,Allahu akbar..

tiba-tiba..sayu rasa di hati..haa..nak balik kampong!!
hmm..tapi bila agak lama sikit, kitorang terdengar..Laila haillallah...dan tiada lg bunyi takbir.

Rupenye..bunyi iqamah..saya pon segera menyedarkan org dlm rumah saya yg sedang melayan perasaan tu, bahawa itu adalah iqomah bukannya takbir raya..abis pecah satu rumah dgn ketawa mereka..

Kami bertakbir bersama imam sementara menunggu solat dimulakan. Rasa lama dan hampir tersengguk-sengguk. Apabila imam nak memulakan solat saya terus kedepan sambil menarik kakak serumah saya. Kami duduk berdua sahaja disamping orang indonesia yg lain. Selesai solat, kami dua2 mengantuk. akhirnya kami dua2 tertido sampaila khutbah habis.

Fi yaum minal ayyam, hari dimana ramadhan telah berlalu, syawal berada di muka pintu. Hari terakhir ramadhan, suara ayah dan ibu menjadi pengubat hati. Rasa jauh semakin berkurang. Suara kakak dan adik2 yg saling berkelahi dlm kereta pon rase seronok sgt. Rindu sgt dgn semua.apa dah jadi dgn adik2ku tu..setahun rase cam lama sgt.

Malam raya yg sgt meriah dirasakan. Akhwat Alex turun kaherah utk beraya bersama kami. K.Nadia, K. Balqis, Aisyah, Ati dan ramai lagi tido Busyro.Habisla..malam raya kecoh sgt..buat kuih raya, rendang, dan kuah kacang. Yang incharge rendang 2, aku plak 2..xsangka 1st time buat dah jadi..mmg satu kebanggaan.:P

Ramadhan yang berlalu, moga-moga Allah menerima segala amalan kita. Sempatkah kita bertemu dengan Ramadhan yang akan datang?Adakah segala amalan yang telah dilakukan adalah yang terbaik? Segalanya hanya Allah yang maha tahu..