Ahad, 1 April 2012

hati yang menulis ~


Dalam kesibukan menjalani hari-hari, hati ku merasakan kekosongan. Kosong dari perasaan suci menghadap ilahi, rindu, cinta, berat untuk mengalirkan air mata taubat.

Nak jumpa orang rasa susah, apatah lagi nak buat DF dan lain2. Kenapa aku tak mampu jadi seperti orang lain? disukai ramai, disenangi bahkan diingati dan disebut-sebut bila mereka tiada. Alasan tak pandai bercakap, bukan alasan kukuh. Ada contoh mereka yang bercakap bila perlu tapi mampu mengesani manusia di sekeliling mereka.

Jadi dimana masalah aku sebenarnya?

Akhirnya aku mendapat jawapan. Kata-kata taujih seseorang yang begitu mengesani aku. Mungkin kerana keikhlasan beliau menyampaikan. Moga Allah mengganjarinya.

Beliau katakan bahawa : bagaimanapun usaha dan juhud yang kita telah kerahkan untuk deen ini, jika ada kekurangan pada amal tersebut, mungkin kita perlu cek semula.

1) berapa banyak dosa-dosa kecil kita yang kita selalu buat tak kisah

2) berapa banyak dosa-dosa besar kita yang selalu kita biarkan

3) dan berapa banyak kecuaian kita dalam menunaikan amanah yang telah dipertanggungjawabkan ke atas kita.

hati ku tersentak! aduh! memang benarlah, sebanyak mana pun tugasan dan kerja kita, pasti tak lari dari amalan hati kita. Taubat, qiamullail, tilawah alquran dan amalan-amalan lain yang sebenarnya menjadi booster untuk kita terus beramal dan mendapat natijah yang terbaik. Andai berlaku kelalaian dalam perkara tersebut, maka buatlah apa pun, pasti ada sahaja rintangan yang menghalang.

احفظ الله يحفظك
jagalah Allah pasti Allah akan menjagamu.

Jadi, apa nak buat lepas ni?

1) muhasabah diri, ingat dosa-dosa dan kecuaian yang pernah kita lakukan

2) menangis sepenuh hati, mohon pada Allah agar Allah ampunkan segala dosa kita walau setinggi gunung sekalipun
3) banyakkan berdoa, moga Allah memudahkan segala urusan, mengurniakan ilham dan petunjuk dalam setiap apa yang akan kita lakukan selepas ini

Konklusi : Kuatkan hubungan cinta dengan Allah, bercinta dengan sepenuh hati. Serahkan segala padaNya. Hanya Allah yang mengetahui yang terbaik untuk kita. Kejar cinta Allah, pasti cinta manusia akan mengejar kita. Semuanya kerana dakwah ini adalah dakwah cinta, perjalanan ini adalah perjalanan hati.

Wallahu a3lam