Jumaat, 29 Julai 2011

Pesta ibadah kembali lagi !




Bismillahirrahmanirrahim..

Diam tak diam, dah nak masuk bulan ramadhan. Rasa macam baru saja berlalu ramadhan yang lepas.

Istimewa ramadhan kali ini tak kurang dari ramadhan yang lepas. Walaupun tahun ni sambut ramadhan di bumi yang jauh dari kekasih-kekasih hati tapi ia tetap istimewa.

Bulan ramadhan tu sendiri mempunyai keistimewaan yang tiada tolok bandingya. Ia saban waktu dinanti nanti oleh para muttaqin. Apatah lagi bulan ini disambut di negara yang majoritinya adalah mereka yang mempunyai kefahaman islam dan mengamalkan islam dengan baik.

Mesir~

Boleh dikatakan mempunyai perbezaan yang cukup ketara dari segi aspek pengamalan islam dari negara tercintaku Malaysia.

Muslim di mesir berasa izzah dengan islam lebih dari muslim di Malaysia.
contoh simple : kalau kita naik teksi, ammu tu mintak mahal (bayaran lebih dari harga yang sepatutnya) kita marah ammu tu dan kata : haram 3alaik..insyaallah ammu tu akan takut.

Tapi, cuba kalau kt malaysia,kita naik teksi, dan pakcik teksi tu mintak mahal,kita cakap dosa ke haram ke mesti diorang tak heran. Tapi bila kita kata nak repot kt persatuan teksi ke mana2, gerenti pakcik tu tak jadi mintak mahal.

Begitulah aqidah umat islam di Malaysia.

Balik pada cerita ramadhan, dengan penghayatan islam yang agak baik oleh muslimin di mesir ni, kita dapat lihat bagaimana meriahnya dan izzahnya mereka menyambut hari-hari yang dimuliakan islam lebih lebih lagi ramadhan.

Poster pelbagai corak dan fanus (tanglung) khas ramadhan dijual dimerata rata tempat.
Buku-buku tentang ramadhan banyak di terbitkan.
kedai-kedai halawiyat (manisan) khas ramadhan seperti kunafa dibuka.

Itu belum masuk ramadhan lagi..

Bila dah stat ramadhan nanti, macam-macam yang kita dapat tengok.

Budaya It3am at to3am (memberi makan) orang yang berpuasa. Makanan diedarkan di tepi2 jalan.
Kebanyakan masjid menyediakan maidaturrahman (makanan untuk berbuka).
Masjid pada waktu malam dipenuhi oleh manusia untuk solat terawih. Makin akhir ramadhan makin ramai yang datang.tidak kurang yang tidur di masjid.

Semua yang dilakukan oleh muslim di Mesir ni tak lain tak bukan untuk merebut kelebihan yang ada di bulan ini.

Bulan dimana amalan diganjar berlipat kali ganda.
Doa tidak akan ditolak.
Orang yang memberi makan kepada orang yang berpuasa akan mendapat ganjaran seperti pahala orang berpuasa.
Pintu syurga dibuka seluas luasnya.
Pintu neraka di kunci seketat ketatnya.
Syaitan digari

dan banyak lagi kelebihan yang tidak ada pada bulan bulan yang lain.


Inilah yang dikatakan PESTA IBADAH. Bulan yang sepatutnya dipenuhi dengan ibadah ibadah yang ikhlas hanya semata mata kerana Allah.

Mudah mudahan kita akan dapat melalui bulan ramadhan ini dengan penuh semangat dari awal hingga ke akhir dan sentiasa berlumba untuk menambahkan amalan sehingga bulan ini melabuhkan tirainya.


Wallahu a'lam ~

Sabtu, 9 Julai 2011

Indahnya redha..




Bismillahirrahmanirrahim.

Lagi 2hari, imtihan akan berakhir. Tinggal 1paper je lagi. Semalam, paper qodoya.Orang kata qodoya tu madah 'killer'. ermm..tak taula sape yang akan membunuh atau terbunuh.tawakkal je. mudah-mudahan khoir.

Harini rasa nk tulis tentang redha. Sebab ujian yang sedang dilalui ni amat sangat perlukan redha. Tanpa redha,mungkin orang yang cetek imannya akan boleh sampai bunuh diri. Tapi, nak redha ni bukan senang, sangat payah. Peritnya tak dapat diungkap oleh kata-kata.

Bila rasa diuji ni, baru la dapat rasa susahnya redha. Tapi,selalu kuatkan diri ingat macamana sahabat2 dan Rasulullah dulu boleh redha dengan ujian2 yang sangat2 hebat kepada mereka. Ujian pada kita ni, kecil sangat sebenarnya. Tapi tu kan berdasarkan kemampuan kita. Takat tu yang kita mampu, jadi Allah uji banyak tu. Maha tahu nye Allah tu kan?

Redha ni sangat susah, tapi buahnya sangat manis kan. Sesiapa yang redha dengan ujian dan musibah yang menimpa dia, pasti Allah akan bagi sesuatu yang lebih baik untuk dia.

Kan Rasulullah SAW pun pernah bersabda: "Sungguh aneh bagi seseorang mukmin itu, seluruh keadaan yang menimpa dirinya dianggap sebagai sesuatu kebaikan bagi dirinya. Keadaan seperti ini tidak akan ditemui pada sesiapapun kecuali seorang yang beriman. Jika dia mendapat kesenangan lalu dia bersyukur, maka perkara itu akan mendatangkan kebaikan bagi dirinya. Jika mendapat kesusahan lalu dia bersabar, maka perkara itu akan mendatangkan sebuah kebaikan bagi dirinya." (Hadis riwayat Imam Muslim)

Redha tu sahabat baiknya sabar. Kita mesti biasa dengar orang kata 'kita kena sabar dan redha bila diuji'..memang hakikatnya sabar dan redha itu tak dapat dipisahkan. Sabar yang paling baik ialah pada mula2 kita mendapat musibah, tanpa merungut dan membebel. Kata Rasulullah SAW lagi yang
bermaksud, "Sesungguhnya sabar adalah pada kejutan pertama musibah berlaku."(Hadis riwayat Bukhari). Bukan mudah nak sabar terus bila dapat musibah,kecuali bagi orang yang hatinya hanya berharap pada Allah. tapi bukan mustahil kan. Mungkin perlu banyakkan zikrullah dan penuhkan hati dengan Allah supaya apa2 yang mendatang takkan membuatkan kita lemah.

Apa yang saya rasa sekarang,cara mudah untuk kita redha ialah dengan menyakini bahawa bila kita redha kita akan dikurniakan sesuatu yang lebih baik yang tak terjangkau dek fikiran kita. Dengan itu, kita mesti akan rasa senang je nak redha.betul tak?=)

Ujian pada manusia tu bermacam2,andai kata kita diuji dengan Allah ambil seorang yang kita sayang 'di dunia' pada dia, yakinlah bahawa Allah akan menjaganya dengan lebih baik dan bila kita redha, Allah akan bagi balasan yang sangat besar pada kita..macam dalam hadis ,Rasulullah s.a.w bersabda
yang maksudnya: Allah berfirman dalam hadis qudsi yang bermaksud," Tiada
balasan bagi seseorang hamba-Ku yang telah Aku ambil kembali kekasihnya,
kemudian orang itu mengharapkan pahala daripada-Ku melainkan orang itu akan
mendapat balasan syurga." (Hadis riwayat Bukhari).

Orang yang bertaqwa berusaha menyembunyikan musibah. Mereka gembira jika diuji dengan musibah kerana mengenangkan ganjaran yang bakal diterima. Gembira dan redha secara syarie bukan secara tabiie kerana tabiat manusia tentu tidak menyukai musibah.

Akhirnya,banyakkanlah berdoa dan bertawakal kepada Allah SWT, semoga musibah yang menimpa
menjadi titik tolak kepada kita untuk berubah ke arah lebih baik, lebih kuat
pergantungan kepada Allah SWT, lebih menjaga syariat, lebih berusaha
menuntut ilmu dan beramal untuk kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Bersabarlah dan jangan mengeluh.

Moga Allah mendengar segala rintihan hati kita dan mengurniakan yang terbaik untuk kita.


Wallahua'lam..

Khamis, 7 Julai 2011

khabar untuk sahabat!



Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah Alhamdulillah thummal hamdulillah..atas segala nikmatMu ya Allah.masih diberi udara untuk bernafas dan menggunakan segala nikmat yang ada dengan baik.Alhamdulilah.


Hari ini,aku kembali menjalankan rutin harianku di fatrah imtihan ini.apa lagi kalau bukan mentelaah buku tanpa mengira waktu.buku qodoya yang dari semalam memanggil2 namaku untuk disentuh.bermula pukul 6 pg, tidur sebentar selepas zuhur dan sambung semula sehingga asar.

Berbekalkan susu kurma, coklat tutti frutti dan sandwich aku bertahan bertemankan seorang ukhti yang tak mahu ke kuliahnya hari ini.nak study sendiri katanya.hehe.

Ya Allah terima kasih atas nikmat kurniaanMu. Disamping merasai ada ramai yang sangat menyayangi diriku yang serba hina ini.

Aku akan terus bertahan untuk menghadapi ujian ini dengan bantuanMu ya Allah.Aku juga berharap sahabat2ku juga kuat menghadapi ujian2 mereka.

Terima Kasih ya Allah!

Rabu, 6 Julai 2011

Sahabatku..






bismillahirrahmanirrahim

Dipetik dari sebuah blog cerpen,


‘Tuhan, dalam persahabatan kami, kerinduan itu sangat indah, kadangkala ia juga meresahkan. Jika ia melukakan dalam masa yang sama ia membahagiakan kami. Mengenalinya adakala memahitkan, namun ia juga adalah saat terindah sepanjang pertemuan’



‘Tuhan, memilihnya bukanlah kerana keistimewaanya, tetapi aku melihat dirinya mampu memberikan keistimewaannya kepadaku. Dia seorang yang memahami, kerana dirinya adalah sebahagian daripada hidup & matiku’


‘Tuhan, sejenak ini aku hanya mengharapkan dia beroleh kekuatan dalam mendepani kehidupannya. Dia perlu bahagia, kerana banyak sudah kebahagiaannya telah dikorbankan untukku. Jangan Engkau ambil kebahagiaannya ketika dia memerlukan’


‘Tuhan, biarlah pertemuan kali kedua nanti pertemuan yang tiada perpisahan’


إنما أشكو بثي وحزني إلى الله



Selasa, 5 Julai 2011

Kuatkan aku ya Allah

bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah atas kurniaan iman dan islam juga nikmat2 yang dikurniakan kepadaku tanpa sempat aku menghitungnya. Besar dan agungnya nikmatMu ya Allah!

Waktu ini,aku hanya ingin mengalirkan airmata. itu saja yang aku mampu lakukan. airmata taubat,kecewa,sedih juga rindu.bermacam perasaan yang bercampur menyebabkan tak de butir yang aku mampu lafazkan kecuali dengan airmata.

"Dikala hati ku kecewa,hanya satu yg ku damba,moga Allah menjadi peneman setia di kala suka dan duka.bukan makhluk tempat ku meminta,tapi kasih Allah jua yang ku puja.."

Disaat takde siapa yang aku mampu berharap bergantung dan meluahkan segala yang terbuku dihati. Aku tau Allah yang mengetahui segalanya. Tanpa aku meluahkan,Allah tau apa yang terbaik untukku.

'Ya Allah,jangan Kau uji aku sepeti mana Engkau menguji orang2 yang terdahulu.'

Ujian ini terlalu kecil jika dibanding dengan ujian2 sahabat2 lain. Tapi mungkin inilah kadar kemampuanku. sekecil ini. namun tetap aku rasa lemah.Aku hanya memohon keuatan dari Mu ya Allah.

Tiada lain yang aku harapkan,moga ujian ini mengajar aku sesuatu dan menjadikan aku dan seluruh kehidupanku lebih baik. Moga ada sesuatu yang terbaik yang tersirat di sebalik ujian ini.

Aku mohon kekuatan dariMu ya Allah~

Sabtu, 2 Julai 2011

Catatan peribadi bersama luahan hati

Bismillahirrahmanirrahim.

Aku mulakan penulisanku dengan mengharapkan sepenuhnya rahmat dan rahim Allah,tuhan segala yang ada dilangit dan dibumi.Tiada daya dan kuasa kecuali denganNya.

Musim demi musim bersilih ganti,waktu terus beredar,imtihan fasa 2 sudah berada di pertengahan. Jika selesai pertarungan antara bantal,tilam,buku dan pen,maka akan berakhirlah perjuanganku di tahun 3 ini.Tahun yang penuh dengan peristiwa menguji yang tidak pernah terlintas di benak fikiranku. Aku dan tahun 3...

Antara peristiwa yang tak diduga :

Di akhir imtihan fasa 1 kelmarin,berlaku pergolakan antara rakyat mesir untuk menjatuhkan pemimpin mereka Hosni Mubarak.Satu keadaan yang tak pernah dialami oleh ramai orang lebih2 lagi rakyat malaysia di mesir. Surat khabar di Malaysia tak putus2 menyiarkan berita tentang keadaan di Mesir walaupun kesahihannya diragui.

Kerana peristiwa inilah,kami pelajar malaysia di Mesir di hantar pulang ke Malaysia dengan penerbangan percuma. sesuatu yang pernah menjadi angan2 namun akhirnya menjadi kenyataan. Baiknya Allah~

Transit di jeddah dan pelbagai pengalaman yang tak pernah terbayang dek akal.Duduk di satu kawasan yang terhad keluasannya dengan memuatkan beribu2 orang dalam satu masa.Namun,kami tetap mendapat layanan yang baik ibarat berada di syurga dunia.Mana tidaknya bilamana apa yang diminta semua akan kita perolehi.Tak kira apa saja,selipar,baju,iron,seluar,termasuk pakaian dalam.Semuanya bagai air yang mencurah-curah.

Pulang ke Malaysia setelah hampir 3hari bermukim di Jeddah membuatkan hati makin tak percaya dengan segala yang dialami.segalanya bagai berlaku dalam sekelip mata.

Di Malaysia,banyak perkara yang dapat dilakukan.berbeza dengan cuti summer yang lalu.keberadaan majoriti akhawat Mesir di Malaysia menambahkan rasa ghairah untuk menghadiri program. Indahnya juga bila dapat merasai perbezaan alam tarbiyah di Mesir dan di Malaysia.

Sebulan berada di Malaysia, kami semua telah dipanggil untuk dihantar menyambung pengajian semula di Mesir. Tatkala itu,hanya Allah yang tahu betapa sedihnya hati lebih2 lagi penggilan tersebut adalah perjalanan yang pertama. Beratnya kaki ingin melangkah namun ku gagahkan jua.

Kembali ke Mesir dengan semangat dan harapan baru,agar dapat menamatkan pengajian dengan cemerlang dan mengutip segala mutiara yang bertaburan di tanah Mesir ini.

Segalanya tak berakhir disini,disebalik kenangan indah ini, terselit seribu satu duka yang juga tak pernah digambarkan.tak pernah dibayangkan akan diuji sebegini,ujian yang setiap kali akan disebut dalam butiran doa,moga Allah tidak menguji kami sebagaimana Dia menguji hambaNya yang terdahulu.

Itulah kehidupan,Sering kali Allah hamparkan berjuta nikmat yang tak mampu dihitung pun, namun bila satu ujian datang,diri jadi keliru,hati jadi xkeruan,hidup jadi terumbang ambing. Itulah juga manusia.

وَءَاتَٮٰكُم مِّن ڪُلِّ مَا سَأَلۡتُمُوهُ‌ۚ وَإِن تَعُدُّواْ نِعۡمَتَ ٱللَّهِ لَا تُحۡصُوهَآ‌ۗ إِنَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ لَظَلُومٌ۬ ڪَفَّارٌ۬ (٣٤)

Hanya cinta Allah yang mampu melahirkan rasa syukur bila dikurnia nikmat, dan rasa redha bila dianugerahkan ujian.Tiada cinta yang lebih agung selain dari cintaNya.

Taqwa pula akan menjadi benteng dari melakukan kemaksiatan dan jatuh dalam kemungkaran.Dengan taqwa, maka tanpa teragak-agak Allah akan mencampakkan rasa cinta pada Allah ke dalam hatinya.

Malangnya,begitu sukar bagi seorang muslim lebih-lebih lagi untuk mencambahkan rasa taqwa dalam hatinya apatah lagi rasa cinta pada yang maha Esa. Kadang kala bukan kerana sang manusia tidak mahukan cinta itu, tapi mungkin disebabkan kurang kesungguhan untuk mengejar cinta tersebut, maka apabila ada halangan,sang pencari cinta gugur sebelum waktunya.

Sukarnya mencari cinta itu akan dirasai kenikmatannya apabila cinta itu berbunga mekar dan membuahkan hasil. Maka,ayuhlah wahai hati.kita sahut cinta Ilahi, satu langkah kita kepadaNya,seribu langkah Dia kepada kita.

Ujian yang hadir,anggaplah ia sebagai hentian rehat supaya kita duduk sejenak dan berfikir,muhasabah kembali adakah apa yang dilakukan ini seiring dengn apa yang Allah inginkan.Tambah tenaga supaya kita semakin laju untuk berlari kepadaNya.

Teringat kata2 seorang ukhti, Allah amat mencintai hambaNya yang melakukan kesalahan kemudian beliau bertaubat.Andai ada suatu kaum yang sempurna tidak pernah melakukan dosa,Allah akan gantikan kaum tersebut dengan kaum yang melakukan dosa dan bertaubat apabila menyedari kesalahan mereka.

Sedangkan para sahabat Rasulullah s.a.w juga melakukan dosa apatah lagi kita yang jauh beribu tahun dengan bagnda rasul. kata Rasul s.a.w Ashabi kannujum..Sahabat2ku ibarat bintang2..sesungguhnya melakukan dosa itu adalah bukanlah sesuatu yang luar biasa,tapi bila disedari itu adalah dosa sekiranya dia tidak bertaubat maka itu adalah suatu yang amat tidak biasa.

Moga segala usaha kita untuk memperbaiki diri tidak kira berjaya atau gagal, akan menjadi faktor kita menggapai cinta Allah.


Wallahu a'lam~