Sabtu, 2 Julai 2011

Catatan peribadi bersama luahan hati

Bismillahirrahmanirrahim.

Aku mulakan penulisanku dengan mengharapkan sepenuhnya rahmat dan rahim Allah,tuhan segala yang ada dilangit dan dibumi.Tiada daya dan kuasa kecuali denganNya.

Musim demi musim bersilih ganti,waktu terus beredar,imtihan fasa 2 sudah berada di pertengahan. Jika selesai pertarungan antara bantal,tilam,buku dan pen,maka akan berakhirlah perjuanganku di tahun 3 ini.Tahun yang penuh dengan peristiwa menguji yang tidak pernah terlintas di benak fikiranku. Aku dan tahun 3...

Antara peristiwa yang tak diduga :

Di akhir imtihan fasa 1 kelmarin,berlaku pergolakan antara rakyat mesir untuk menjatuhkan pemimpin mereka Hosni Mubarak.Satu keadaan yang tak pernah dialami oleh ramai orang lebih2 lagi rakyat malaysia di mesir. Surat khabar di Malaysia tak putus2 menyiarkan berita tentang keadaan di Mesir walaupun kesahihannya diragui.

Kerana peristiwa inilah,kami pelajar malaysia di Mesir di hantar pulang ke Malaysia dengan penerbangan percuma. sesuatu yang pernah menjadi angan2 namun akhirnya menjadi kenyataan. Baiknya Allah~

Transit di jeddah dan pelbagai pengalaman yang tak pernah terbayang dek akal.Duduk di satu kawasan yang terhad keluasannya dengan memuatkan beribu2 orang dalam satu masa.Namun,kami tetap mendapat layanan yang baik ibarat berada di syurga dunia.Mana tidaknya bilamana apa yang diminta semua akan kita perolehi.Tak kira apa saja,selipar,baju,iron,seluar,termasuk pakaian dalam.Semuanya bagai air yang mencurah-curah.

Pulang ke Malaysia setelah hampir 3hari bermukim di Jeddah membuatkan hati makin tak percaya dengan segala yang dialami.segalanya bagai berlaku dalam sekelip mata.

Di Malaysia,banyak perkara yang dapat dilakukan.berbeza dengan cuti summer yang lalu.keberadaan majoriti akhawat Mesir di Malaysia menambahkan rasa ghairah untuk menghadiri program. Indahnya juga bila dapat merasai perbezaan alam tarbiyah di Mesir dan di Malaysia.

Sebulan berada di Malaysia, kami semua telah dipanggil untuk dihantar menyambung pengajian semula di Mesir. Tatkala itu,hanya Allah yang tahu betapa sedihnya hati lebih2 lagi penggilan tersebut adalah perjalanan yang pertama. Beratnya kaki ingin melangkah namun ku gagahkan jua.

Kembali ke Mesir dengan semangat dan harapan baru,agar dapat menamatkan pengajian dengan cemerlang dan mengutip segala mutiara yang bertaburan di tanah Mesir ini.

Segalanya tak berakhir disini,disebalik kenangan indah ini, terselit seribu satu duka yang juga tak pernah digambarkan.tak pernah dibayangkan akan diuji sebegini,ujian yang setiap kali akan disebut dalam butiran doa,moga Allah tidak menguji kami sebagaimana Dia menguji hambaNya yang terdahulu.

Itulah kehidupan,Sering kali Allah hamparkan berjuta nikmat yang tak mampu dihitung pun, namun bila satu ujian datang,diri jadi keliru,hati jadi xkeruan,hidup jadi terumbang ambing. Itulah juga manusia.

وَءَاتَٮٰكُم مِّن ڪُلِّ مَا سَأَلۡتُمُوهُ‌ۚ وَإِن تَعُدُّواْ نِعۡمَتَ ٱللَّهِ لَا تُحۡصُوهَآ‌ۗ إِنَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ لَظَلُومٌ۬ ڪَفَّارٌ۬ (٣٤)

Hanya cinta Allah yang mampu melahirkan rasa syukur bila dikurnia nikmat, dan rasa redha bila dianugerahkan ujian.Tiada cinta yang lebih agung selain dari cintaNya.

Taqwa pula akan menjadi benteng dari melakukan kemaksiatan dan jatuh dalam kemungkaran.Dengan taqwa, maka tanpa teragak-agak Allah akan mencampakkan rasa cinta pada Allah ke dalam hatinya.

Malangnya,begitu sukar bagi seorang muslim lebih-lebih lagi untuk mencambahkan rasa taqwa dalam hatinya apatah lagi rasa cinta pada yang maha Esa. Kadang kala bukan kerana sang manusia tidak mahukan cinta itu, tapi mungkin disebabkan kurang kesungguhan untuk mengejar cinta tersebut, maka apabila ada halangan,sang pencari cinta gugur sebelum waktunya.

Sukarnya mencari cinta itu akan dirasai kenikmatannya apabila cinta itu berbunga mekar dan membuahkan hasil. Maka,ayuhlah wahai hati.kita sahut cinta Ilahi, satu langkah kita kepadaNya,seribu langkah Dia kepada kita.

Ujian yang hadir,anggaplah ia sebagai hentian rehat supaya kita duduk sejenak dan berfikir,muhasabah kembali adakah apa yang dilakukan ini seiring dengn apa yang Allah inginkan.Tambah tenaga supaya kita semakin laju untuk berlari kepadaNya.

Teringat kata2 seorang ukhti, Allah amat mencintai hambaNya yang melakukan kesalahan kemudian beliau bertaubat.Andai ada suatu kaum yang sempurna tidak pernah melakukan dosa,Allah akan gantikan kaum tersebut dengan kaum yang melakukan dosa dan bertaubat apabila menyedari kesalahan mereka.

Sedangkan para sahabat Rasulullah s.a.w juga melakukan dosa apatah lagi kita yang jauh beribu tahun dengan bagnda rasul. kata Rasul s.a.w Ashabi kannujum..Sahabat2ku ibarat bintang2..sesungguhnya melakukan dosa itu adalah bukanlah sesuatu yang luar biasa,tapi bila disedari itu adalah dosa sekiranya dia tidak bertaubat maka itu adalah suatu yang amat tidak biasa.

Moga segala usaha kita untuk memperbaiki diri tidak kira berjaya atau gagal, akan menjadi faktor kita menggapai cinta Allah.


Wallahu a'lam~

2 ulasan:

  1. sronoknya baca luahan hati as syeikhah al hafizah suhaili:D

    ALLAH MA'AK:)

    BalasPadam
  2. Allahumma ameen..doakn ana jd mcm ukht almuqaddasah yg hebat dlm penulisannya :o jzkk sudi membaca luahan yg xseberapa~

    BalasPadam