Rabu, 6 Julai 2011

Sahabatku..






bismillahirrahmanirrahim

Dipetik dari sebuah blog cerpen,


‘Tuhan, dalam persahabatan kami, kerinduan itu sangat indah, kadangkala ia juga meresahkan. Jika ia melukakan dalam masa yang sama ia membahagiakan kami. Mengenalinya adakala memahitkan, namun ia juga adalah saat terindah sepanjang pertemuan’



‘Tuhan, memilihnya bukanlah kerana keistimewaanya, tetapi aku melihat dirinya mampu memberikan keistimewaannya kepadaku. Dia seorang yang memahami, kerana dirinya adalah sebahagian daripada hidup & matiku’


‘Tuhan, sejenak ini aku hanya mengharapkan dia beroleh kekuatan dalam mendepani kehidupannya. Dia perlu bahagia, kerana banyak sudah kebahagiaannya telah dikorbankan untukku. Jangan Engkau ambil kebahagiaannya ketika dia memerlukan’


‘Tuhan, biarlah pertemuan kali kedua nanti pertemuan yang tiada perpisahan’


إنما أشكو بثي وحزني إلى الله



Selasa, 5 Julai 2011

Kuatkan aku ya Allah

bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah atas kurniaan iman dan islam juga nikmat2 yang dikurniakan kepadaku tanpa sempat aku menghitungnya. Besar dan agungnya nikmatMu ya Allah!

Waktu ini,aku hanya ingin mengalirkan airmata. itu saja yang aku mampu lakukan. airmata taubat,kecewa,sedih juga rindu.bermacam perasaan yang bercampur menyebabkan tak de butir yang aku mampu lafazkan kecuali dengan airmata.

"Dikala hati ku kecewa,hanya satu yg ku damba,moga Allah menjadi peneman setia di kala suka dan duka.bukan makhluk tempat ku meminta,tapi kasih Allah jua yang ku puja.."

Disaat takde siapa yang aku mampu berharap bergantung dan meluahkan segala yang terbuku dihati. Aku tau Allah yang mengetahui segalanya. Tanpa aku meluahkan,Allah tau apa yang terbaik untukku.

'Ya Allah,jangan Kau uji aku sepeti mana Engkau menguji orang2 yang terdahulu.'

Ujian ini terlalu kecil jika dibanding dengan ujian2 sahabat2 lain. Tapi mungkin inilah kadar kemampuanku. sekecil ini. namun tetap aku rasa lemah.Aku hanya memohon keuatan dari Mu ya Allah.

Tiada lain yang aku harapkan,moga ujian ini mengajar aku sesuatu dan menjadikan aku dan seluruh kehidupanku lebih baik. Moga ada sesuatu yang terbaik yang tersirat di sebalik ujian ini.

Aku mohon kekuatan dariMu ya Allah~

Sabtu, 2 Julai 2011

Catatan peribadi bersama luahan hati

Bismillahirrahmanirrahim.

Aku mulakan penulisanku dengan mengharapkan sepenuhnya rahmat dan rahim Allah,tuhan segala yang ada dilangit dan dibumi.Tiada daya dan kuasa kecuali denganNya.

Musim demi musim bersilih ganti,waktu terus beredar,imtihan fasa 2 sudah berada di pertengahan. Jika selesai pertarungan antara bantal,tilam,buku dan pen,maka akan berakhirlah perjuanganku di tahun 3 ini.Tahun yang penuh dengan peristiwa menguji yang tidak pernah terlintas di benak fikiranku. Aku dan tahun 3...

Antara peristiwa yang tak diduga :

Di akhir imtihan fasa 1 kelmarin,berlaku pergolakan antara rakyat mesir untuk menjatuhkan pemimpin mereka Hosni Mubarak.Satu keadaan yang tak pernah dialami oleh ramai orang lebih2 lagi rakyat malaysia di mesir. Surat khabar di Malaysia tak putus2 menyiarkan berita tentang keadaan di Mesir walaupun kesahihannya diragui.

Kerana peristiwa inilah,kami pelajar malaysia di Mesir di hantar pulang ke Malaysia dengan penerbangan percuma. sesuatu yang pernah menjadi angan2 namun akhirnya menjadi kenyataan. Baiknya Allah~

Transit di jeddah dan pelbagai pengalaman yang tak pernah terbayang dek akal.Duduk di satu kawasan yang terhad keluasannya dengan memuatkan beribu2 orang dalam satu masa.Namun,kami tetap mendapat layanan yang baik ibarat berada di syurga dunia.Mana tidaknya bilamana apa yang diminta semua akan kita perolehi.Tak kira apa saja,selipar,baju,iron,seluar,termasuk pakaian dalam.Semuanya bagai air yang mencurah-curah.

Pulang ke Malaysia setelah hampir 3hari bermukim di Jeddah membuatkan hati makin tak percaya dengan segala yang dialami.segalanya bagai berlaku dalam sekelip mata.

Di Malaysia,banyak perkara yang dapat dilakukan.berbeza dengan cuti summer yang lalu.keberadaan majoriti akhawat Mesir di Malaysia menambahkan rasa ghairah untuk menghadiri program. Indahnya juga bila dapat merasai perbezaan alam tarbiyah di Mesir dan di Malaysia.

Sebulan berada di Malaysia, kami semua telah dipanggil untuk dihantar menyambung pengajian semula di Mesir. Tatkala itu,hanya Allah yang tahu betapa sedihnya hati lebih2 lagi penggilan tersebut adalah perjalanan yang pertama. Beratnya kaki ingin melangkah namun ku gagahkan jua.

Kembali ke Mesir dengan semangat dan harapan baru,agar dapat menamatkan pengajian dengan cemerlang dan mengutip segala mutiara yang bertaburan di tanah Mesir ini.

Segalanya tak berakhir disini,disebalik kenangan indah ini, terselit seribu satu duka yang juga tak pernah digambarkan.tak pernah dibayangkan akan diuji sebegini,ujian yang setiap kali akan disebut dalam butiran doa,moga Allah tidak menguji kami sebagaimana Dia menguji hambaNya yang terdahulu.

Itulah kehidupan,Sering kali Allah hamparkan berjuta nikmat yang tak mampu dihitung pun, namun bila satu ujian datang,diri jadi keliru,hati jadi xkeruan,hidup jadi terumbang ambing. Itulah juga manusia.

وَءَاتَٮٰكُم مِّن ڪُلِّ مَا سَأَلۡتُمُوهُ‌ۚ وَإِن تَعُدُّواْ نِعۡمَتَ ٱللَّهِ لَا تُحۡصُوهَآ‌ۗ إِنَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ لَظَلُومٌ۬ ڪَفَّارٌ۬ (٣٤)

Hanya cinta Allah yang mampu melahirkan rasa syukur bila dikurnia nikmat, dan rasa redha bila dianugerahkan ujian.Tiada cinta yang lebih agung selain dari cintaNya.

Taqwa pula akan menjadi benteng dari melakukan kemaksiatan dan jatuh dalam kemungkaran.Dengan taqwa, maka tanpa teragak-agak Allah akan mencampakkan rasa cinta pada Allah ke dalam hatinya.

Malangnya,begitu sukar bagi seorang muslim lebih-lebih lagi untuk mencambahkan rasa taqwa dalam hatinya apatah lagi rasa cinta pada yang maha Esa. Kadang kala bukan kerana sang manusia tidak mahukan cinta itu, tapi mungkin disebabkan kurang kesungguhan untuk mengejar cinta tersebut, maka apabila ada halangan,sang pencari cinta gugur sebelum waktunya.

Sukarnya mencari cinta itu akan dirasai kenikmatannya apabila cinta itu berbunga mekar dan membuahkan hasil. Maka,ayuhlah wahai hati.kita sahut cinta Ilahi, satu langkah kita kepadaNya,seribu langkah Dia kepada kita.

Ujian yang hadir,anggaplah ia sebagai hentian rehat supaya kita duduk sejenak dan berfikir,muhasabah kembali adakah apa yang dilakukan ini seiring dengn apa yang Allah inginkan.Tambah tenaga supaya kita semakin laju untuk berlari kepadaNya.

Teringat kata2 seorang ukhti, Allah amat mencintai hambaNya yang melakukan kesalahan kemudian beliau bertaubat.Andai ada suatu kaum yang sempurna tidak pernah melakukan dosa,Allah akan gantikan kaum tersebut dengan kaum yang melakukan dosa dan bertaubat apabila menyedari kesalahan mereka.

Sedangkan para sahabat Rasulullah s.a.w juga melakukan dosa apatah lagi kita yang jauh beribu tahun dengan bagnda rasul. kata Rasul s.a.w Ashabi kannujum..Sahabat2ku ibarat bintang2..sesungguhnya melakukan dosa itu adalah bukanlah sesuatu yang luar biasa,tapi bila disedari itu adalah dosa sekiranya dia tidak bertaubat maka itu adalah suatu yang amat tidak biasa.

Moga segala usaha kita untuk memperbaiki diri tidak kira berjaya atau gagal, akan menjadi faktor kita menggapai cinta Allah.


Wallahu a'lam~

Sabtu, 15 Januari 2011

imtihan datang lagi!

Bismillahirrahmanirrahim~

hmm..setelah sekian lama tak menjenguk blog yang dah usang ni, ada pulak 'sahabat' yang buat permintaan untuk baca blog ku ini. so,tak dapat tidak kena la buat sedikit penambahan untuk sesiapa yang sudi membaca.>_<

Pejam celik pejam celik, dah masuk tahun baru 2011 dan lama berlalu muharram..macam2 perkara yang dah dilalui. tapi ujian yang masih ditahap kecil kalau dibandingkan dengan ujian nabi2 dan daie2 terdahulu.

Teringat imtihan pertama haritu, madah DAKWAH..Allah..sepatutnya ia senang kalau kita betul2 feel yang kita ni pun melalui jalan yang sama. Tapi mungkin disebabkan feel tu kurang dan amal yang juga masih kurang juhdnya, rasa susah pulak examnya. Sekarang ni, hanya mengharap rahmat dan inayah Allah je.

Untuk imtihan yang kedua dan ketiga, madah english dan ahwal "mirath", hanya mampu tawakkal mudah2an Allah terima dan buka hati pemeriksa untuk bagi imtiyaz :)..Allaaahh..
Lepas ni, berbaki dua madah lagi, tafsir dan adab&balaghah..macam dua madah, tapi sebenarnya ada 3 buku yang berlainan kena baca..

Sebenarnya, bukanlah madah2 periksa yang nak di bincangkan disini. tapi lebih dari tu, apa yang tersirat disebalik imtihan dan ujian dengan imtihan tu sendiri. Bila fikir dengan lebih deep (bak kata madihah) lagi, imtihan ni memang banyak mengajar kita. banyak sangat. Semuanya berkait dengan hati.

Waktu imtihan ni la, kebanyakan orang nak duduk beruzlah (sendirian). Di saat itulah kepekaan kita terhadap hati kita sendiri dan hati orang lain dinilai. Kalau duduk rumah, kita mesti sibuk je nak baca buku sampai rasa tak sempat nak buat kerja rumah lain, macam kemas bilik sendiri, apatah lagi nak kemas rumah, masak dan kemas dapur. Apa yang kita fikir sekarang ialah nak habiskan baca buku kuliah beberapa kali untuk dapat mumtaz. Tapi hakikatnya, amal-amal yang kita buat dengan ikhlas lebih-lebih lagi untuk menunaikan hak ukhti yang lain itulah yang banyak membantu kita untuk berjaya. Ditambah lagi dengan redha ukhti2 serumah yang pastinya dengan redha mereka akan mendoakan kita.

Amal tersebut juga takkan berhenti di situ, bahkan disaat kita sangat memerlukan, contohnya ketika tengah jawap periksa, terlupa dan tak tahu nak jawap apa, di masa itulah kita mampu menggunakan amal kita tu untuk berdoa kepada Allah..bak kata yang basah sikit, tawassul bi a'mal hasanah/kheir. kita boleh doa, Ya Allah dengan apa yang aku dah lakukan terhadap ukhti2ku, mudahkan segala urusanku..Ditambah lagi (kata2 seorang ukhti) dengan selawat kepada Rasulullah yang dimana bila kita berselawat Malaikat akan pulangkan roh Rasulullah untuk jawap salam kita tu. Kita doala jugak waktu tu, katakan "ya Rasulullah, Aku ni suhaili ingin memohon padamu supaya mendoakan aku."

Kalau fikir2 balik, banyak sangat wasail (cara) untuk kita berjaya, tapi kita selalu tutup mata pada perkara tersebut dan merasakan yang ianya hanya membuang masa dan tak mampu membantu kita untuk berjaya.

Rasanya tu je kot nak share kat sini..Semua kata2 yang kat atas tu adalah perkongsian dari sahabat2 yang telah berjaya dalam hidup mereka. yang paling penting dan awla hagah (perkara paling utama) ialah ikhlaskan diri dan tetapkan matlamat kenapa kita nak berjaya dalam imtihan dan untuk apa..Sama2la mentajdid (perbaharui) dan addid (banyakkan) niat..

Sama2 mengejar MUMTAZ UNTUK UMMAH ~

BITTAUFIQ WANNAJAH LAKUM JAMI3AN..

~wallahul musta3an>_<







Ahad, 14 Mac 2010

Sang Pencari Kebenaran~


Bismillahirahmnirrahim

salam.

Aku seorang yang beragama Majusi dari ahli Asbahan. Aku pernah bertanya kepada orang Nasrani tentang asal agama mereka ketika mana aku merasa kagum dengan urusan dan solat mereka. Mereka berkata : Dari Sham.

Maka aku pun bertolak ke Sham.

Disana, aku tinggal bersama seorang paderi. Aku memberi khidmat , solat, dan belajar di situ. Paderi tersebut adalah seorang lelaki yang buruk akhlaknya.

Setelah paderi tersebut mati, datang seorang paderi yang lebih baik daripada paderi yang dulu. Walaubagaimanapun, sebelum dia mati aku telah berkata kepadanya : kepada siapa engkau ingin mewasiatkan aku? Dia berkata: Wahai anakku, aku tidak mengenali seorang manusia yang sepertiku kecuali seorang lelaki di Mausil (nama negeri di iraq).
Setelah kematiannya, aku segera pergi kepada orang yang berada di Mausil tersebut. Aku tinggal bersamanya. Apabila dia ingin mati, aku bertanya (soalan yang sama yang ditujukan kepada paderi sebelum ini). Maka dia telah menunjukkan seorang lelaki yang tinggal di 'Ammuriyah (kawasan yang berhampiran dengan palestin).


Aku pun bermusafir ke tempat yang disebutkan. Aku tinggal bersamanya, dan ketika kematiannya aku bertanya lagi dan dia telah berkata kepadaku : "Wahai anakku, tidaklah aku kenali seseorang seperti kita untuk aku arahkan engkau supaya pergi kepadanya, tetapi, di zaman ini, ada seorang nabi yang diutuskan dengan agama nabi Ibrahim, baginda berhijrah ke bumi yang mempunyai pokok kurma yang terletak di antara dua bukit. Maka, pergilah kepadanya jika engkau mampu. Padanya ada beberapa tanda yang tidak dapat disembunyikan : Baginda tidak makan sedeqah, tetapi menerima hadiah, dan diantara dua bahunya ada cop kenabian. Jika engkau melihatnya, pasti kau akan mengenalinya."

Aku pun berjalan dengan sekumpulan penunggang, dan aku berjalan dengan mereka sehingga sampai di wadi qura. Namun, mereka menzalimi aku, dan menjual aku kepada seorang pemuda yahudi, dan dia pula telah menjual aku kepada seorang pemuda yahudi dari bani quraizah. Aku berjalan dengan pemuda tersebut sehingga sampai di Madinah. Demi Allah, ketika aku melihatnya, aku yakin bahawa inilah negeri yang disifatkan kepadaku. Kemudian, aku bekerja sebagai seorang pemetik kurma.


Di suatu hari, ketika aku sedang berada di atas pokok kurma dan tuanku berada di bawah pokok itu. Tiba-tiba, datang seorang lelaki yahudi bercerita (kepada tuanku) : kaum Aus dan Khazraj telah berkerumun kepada seorang lelaki di Quba' yang datang dari Mekah dan mengaku bahawa dirinya nabi.


Demi Allah, aku menggeletar mendengar kata-katanya sehingga pokok kurma itu bergoyang dan aku hampir jatuh menghempap tuanku. Kemudian aku turun dengan cepat. Aku berkata : Apa yang engkau katakan?..Tuanku terus mengangkat tangannya dan memukulku. Kemudian (tuan) berkata: Kembalilah kepada pekerjaan engkau.


Apabila tiba waktu petang, aku menguruskan diri dan keluar untuk bertemu dengan Rasulullah. Aku pun masuk ke Quba' dan terdapat disitu Rasulullah dan sahabatnya. Aku berkata kepada mereka : sesungguhnya kalian ini orang-orang yang memerlukan dan orang asing, aku mempunyai makanan dan aku ingin meniatkannya untuk disedeqahkan. Apabila aku melihat kamu semua, aku merasakan yang kamu berhak untuknya.

Setelah itu, berkata nabi kepada sahabatnya : Makanlah dengan nama Allah..tetapi nabi tidak mengambil makanan tersebut apatah lagi menjamahnya. Dengan yakinnya, aku berkata dalam hati bahawa ini adalah bukti yang pertama..sesungguhnya baginda tidak memakan sedeqah..

Di waktu yang lain pula, aku datang lagi kepada Rasul dan membawa makanan, dan aku berkata kepada nabi : Sesungguhnya aku melihatmu tidak menerima sedeqah, tetapi hari ini aku mempunyai sesuatu yang aku suka untuk ku berikan kepadamu sebagai hadiah.
Maka, berkatalah nabi kepada sahabatnya : Makanlah dengan nama Allah..dan baginda turut sama makan bersama sahabat-sahabatnya.."Ini adalah bukti yang kedua"..Aku berkata pada diriku. Sesungguhnya baginda menerima hadiah.

Setelah berlalunya beberapa waktu, aku mendatangi baginda lagi dan aku mendapati baginda berada di baqi' sedang mengikuti jenazah, dan disekelilingnya sahabat-sahabatnya. Aku segera memberi salam kepadanya dan memalingkan badan untuk melihat belakang badannya. Baginda mengetahui apa yang aku inginkan maka, baginda mengangkat bajunya sehingga aku dapat melihat tanda di antara dua bahunya..TANDA KENABIAN..


Aku terus mendakap dan mencium baginda serta menangis. Baginda mengajakku dan aku duduk menghadapnya dan berbicara dengannya sebagaimana aku dihadapan kalian sekarang..

~Beliau adalah Salman Al-Farisi..Setia mencari kebenaran sehinggalah bertemu dengan kebenaran yang hakiki. Begitulah sifat yang harus dimiliki. Sentiasa tidak berputus asa dalam apa yang kita lakukan. Lebih-lebih lagi apabila nikmat iman dan islam itu, sudah kita miliki. Gunakanlah ia dengan sebaiknya. Mereka yang tidak dikurniakan nikmat ini, mencari dengan penuh susah payah, tapi kita, dilahirkan dan dikurniakan dengan mudah.

Bersama kita merealisasikan ma'ani dari surah Al-Baqarah yang menyebut : "Wahai orang-orang yang beriman, masuklah ke dalam islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu mengikuti jejak langkah syaitan, sesungguhnya mereka ba gi kamu musuh yang nyata.."



Sesungguhnya Allah yang mengetahui yang paling tepat>_<



Rabu, 10 Mac 2010

Qaddarallahu ma sya'a fa'ala

Segala yang ditaqdirkan itulah yang dikehendaki oleh Allah untuk berlaku. Tiada siapa yang dapat menghalangnya. Segala yang berlaku dilangit dan di bumi adalah di bawah kekuasaan Allah. Jika Allah tidak menghendaki, maka sudah pasti ianya tidak akan berlaku.
Allah telah berfirman :

إِنَّ اللَّه عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

maksudnya : Sesungguhnya Allah berkuasa atas setiap sesuatu.

Allah berfirman lagi :

وَاللهُ يَهْدِيْ مَنْ يَشَاءُ إِلَى صِرَاطٍ مُّسْتَقِيْمٍ

maksudnya : Dan Allah memberi petunjuk pada siapa yang dikehendaki ke jalan yang lurus.

Walau apa sekalipun yang berlaku dalam kehidupan kita, janganlah cepat mengalah dan berputus asa. Sesungguhnya tidak ada yang berputus asa melainkan kaum yang zalim. Itu kata Allah. Sentiasalah sabar dan terus kuatkan diri untuk menghadapi hari-hari mendatang. Walau sebesar mana ujian yang melanda, sesungguhnya disitu terdapat hikmah yang besar untuk kita.

Bersyukurlah atas nikmat yang dikurniakan, lebih-lebih lagi nikmat iman dan islam. Sesungguhnya kita termasuk didalam orang-orang yang terpilih untuk mendapat hidayahNya. Sentiasalah berdoa agar ditetapkan di jalan iman sehingga ke akhirnya dan mendapat husnul khotimah.

Saya berpesan untuk diri saya dan anda.
فَذَكِّرْ إِنَّمَا أَنْتَ مُذَكِّرٌ

Maka berilah peringatan, karena sesungguhnya kamu hanyalah orang yang memberi peringatan.

Tugas manusia hanya menyampaikan peringatan. Yang memberi petunjuk hanya Allah. Moga Allah mengampuni dosa kita semua dan melepaskan kita dari hisabNya agar terus dapat menuju jannahNya.

Dan Allah lebih mengetahui segalanya.~


Perginya seorang ulama'



Selepas beberapa kontroversi yang digembar gemburkan oleh pihak media dan seluruh dunia, akhirnya kita dikejutkan dengan berita pulangnya syeikhul Azhar iaitu syeikh Muhammad sayyid at-Tantanwi ke rahmatullah. Terasa sayu apabila mengenangkan perginya seorang demi seorang ulama' dari muka bumi ini. Walaupun syeikh Tantawi pernah mengeluarkan beberapa kenyataan yg menjadi buah mulut orang ramai, namun biarlah ianya menjadi urusan mereka yg lebih layak daripada kita hanya sibuk memperkatakan sesuatu yang tidak kita ketahui.

Syeikh Tantawi atau nama sebenarnya Muhammad Sayyid at-Tantawi meninggal dunia di Riyadh, Arab Saudi, dalam perjalanan pulang ke Kaherah selepas memenuhi menghadiri majlis penganugerahan Raja Faisal di sana.Beliau adalah salah seorang penerima anugerah tersebut atas jasa beliau kepada Islam. Beliau dikatakan diserang sakit jantung secara tiba-tiba dan dikejarkan ke hospital dan meninggal dunia disana. Syeikh Tantawi telah menderita penyakit jantung dan pernah menjalani pembedahan jantung pada tahun 2006.

Kisah kehebatan syeikh Tantawi boleh dijadikan garis pandu untuk kita lebih-lebih lagi sebagai pelajar.

Beliau pernah menghafal al-Quran di waktu mudanya dan sangat berjaya di dalam pelajarannya.
Beliau telah dianugerahkan gelaran doktor falsafah dengan pangkat MUMTAZ dalam bidang usuluddin Ulum Hadith dan Tafsir pada tahun 1966. Beliau merupakan salah seorang di kalangan ulama terbilang di Al-Azhar yg mahir dalam bidang Tafsir dan mempunyai karya-karya penulisan yg bermutu.
Antara karya-karyanya ialah: Bani Israel fi Al-Quran wa As-Sunnah (1969), At-Tafsir Al-Wasit li Al-Quran Al-Karim (1972), Al-Qissah fi Al-Quran Al-Karim (1990), Muamalat Al-Bunuk wa Ahkamuha As-Syar'iyyah (1991)

Moga roh beliau ditempatkan bersama para solihin dan syuhada'. Moga segala amalan beliau diterima oleh Allah dan menadapat balasan yang sebaiknya.