Sabtu, 3 Oktober 2009

Di satu pagi raya...

Malam semalam tido dalam kepenatan. Tapi alhamdulillah, k.ain terjaga awal subuh. Dia yang kejutkan kitorang sume bangun subuh tu. Lepas tu,terus siap2 utk solat raya.

Mula2 xtau nak g solat kat mana. Kalau nak solat dgn org arab, kena kluar awal, sbb diorg solat pkul 6 lebih.hmm..tapi memandangkan rmai lagi yg tunggu turn nk masuk toilet, rasenye mcm xsempat nak g awl..jd, plan yg ke2 diatur..solat dgn pljr malaysia kt kompleks rumah negeri. agak2 pkl 7 lbih diorang start solat. tapi, nmpak gaya cam xsempat jgk sbb masih ada yg belum makan. Akhirnya keputusan diambil utk solat di Masjid Salam bersama dgn org Indonesia pkl 7.30..

Kami berjalan ke masjid. Rupanya kami datang agak awal. Selepas bergambar di hadapan masjid, kami masuk kedalam utk takbir raya bersama imam.

Teringat peristiwa malam tadi..Sambil memasak, kitorang dengan penuh sabar menanti bunyi takbir yg menandakan aidilfitri dah tiba. Tapi,tunggu punya tunggu..takbir xkunjung tiba. Yang ada cuma azan Isya'.

Agak lama selepas tu, terdengar bunyi sayup2..Allahu akbar,Allahu akbar..

tiba-tiba..sayu rasa di hati..haa..nak balik kampong!!
hmm..tapi bila agak lama sikit, kitorang terdengar..Laila haillallah...dan tiada lg bunyi takbir.

Rupenye..bunyi iqamah..saya pon segera menyedarkan org dlm rumah saya yg sedang melayan perasaan tu, bahawa itu adalah iqomah bukannya takbir raya..abis pecah satu rumah dgn ketawa mereka..

Kami bertakbir bersama imam sementara menunggu solat dimulakan. Rasa lama dan hampir tersengguk-sengguk. Apabila imam nak memulakan solat saya terus kedepan sambil menarik kakak serumah saya. Kami duduk berdua sahaja disamping orang indonesia yg lain. Selesai solat, kami dua2 mengantuk. akhirnya kami dua2 tertido sampaila khutbah habis.

2 ulasan:

  1. hehe..semua bersemangat kan malam tu eli...last2 kita bertakbir guna laptop...kuikuikui..sweet memory..kakbalqis

    BalasPadam
  2. betol2..harap raya yg terakhir k.balqis kt mesir ni akn mjdi kenangn yg plg indah utk k.ni..hihi..:))

    BalasPadam