Rabu, 14 Oktober 2009

~ Kisah La'allahu khoir (mudah-mudahan ianya baik)~

Kisahnya bermula begini, tersebutlah kisah seorang raja..memerintah sebuah negara yang aman damai. Beliau mempunyai seorang menteri yang soleh dan banyak membantu beliau dalam urusan pemerintahan.

Nak jadi cerita, pada suatu hari, sang raja memotong sebiji epal. Tiba-tiba, beliau terpotong jarinya sendiri. Sang raja memberitahu kepada menteri tersebut tentang hal jari yang telah terputus. Menteri berkata " La3allahu khoir ( mudah-mudahan ianya baik)"

Apabila raja tersebut mendengar kata-kata menteri itu, beliau pun marah yang amat sangat. Apa lagi, beliau pun memerintahkan tentera-tenteranya utk menangkap menteri tersebut dan memasukkannya ke dalam penjara utk dipenjarakan seumur hidup.

Menteri itu tersenyum sahaja sambil berkata " La3allahu khoir"..

Beberapa tahun kemudiannya, ketika mana si menteri masih berada di dalam penjara..Sang raja telah pergi berburu di hutan. Sedang asyik mengejar rusa utk dijadikan bahan buruan, sang raja terlupa yang beliau telah tersesat jauh dari tentera-tenteranya.

Rupa-rupanya, si raja tersebut telah memasuki satu kawasan pekampungan orang asli. Di kampung tersebut, sedang dijalankan satu perayaan sempena menyambut hari suci mereka.
Mereka akan menyembelih dan mamanggang manusia utk dijadikan hadiah kepada tuhan mereka. Nampaknya, si raja amat bertuah kerana akan menjadi bahan hadiah utk disembelih. Akan tetapi, apabila diperiksa tubuh badan si raja itu, org asli tersebut telah membatalkan utk menyembelih beliau. Ini kerana terdapat kecacatan di jari raja itu. Kata mereka, hadiah utk tuhan tidak boleh ada cacat celanya. Maka terselamatlah si raja dari menjadi mangsa sembelihan orang-orang asli di kampung itu.

Apabila raja balik ke nagerinya, beliau memerintahkan supaya di lepaskan menteri tersebut. Beliau berterima kasih kepada menteri itu dan telah mendapat pengajaran dan hikmah disebalik kecacatannya.

Namun, yang menjadi kemusykilannya, mengapakah menteri itu turut mengatakan "La3allahu khoir" ketika dipenjarakan??

Jawab menteri itu : Kalaulah saya tidak dipenjarakan, nescaya saya akan mengikuti tuanku berburu..Kalaulah saya mengikuti tuanku berburu, pastilah saya yang akan tertangkap dan disembelih utk dijadikan hadiah tuhan mereka kerana saya tidak mempunyai kecacatan..dan pastilah saya akan mati..

Mendengar jawapan tersebut, si raja sangat berpuas hati dan gembira kerana memiliki perdana menteri yang cukup warak dan soleh.. Menteri tersebut hanya menyerahkan segala urusan hidupnya pada Allah..meletakkan tawakkal yang tinggi pada Allah dan sentiasa redha terhadap apa yang berlaku..


Wallahu a3lam..











Tiada ulasan:

Catat Ulasan