Khamis, 12 November 2009

Allah menolak 1 doa dari 3 doa Rasulullah


Amir bin Said dari bapanya berkata bahawa : "Suatu hari Rasulullah SAW telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah SAW sampai di masjid Bani Muawiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah SAW. Kemudian Rasulullah SAW berdoadengan doa yang agak panjangkepada Allah SWT Setelah selesai beliau berdoa maka Rasululah pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud : "Aku telah bermohon kepada Allah tiga perkara, dalam tiga perkara itu,Dia cuma memperkenankan dua perkara sahaja dan satu lagi ditolak."

1) Aku telah bermohon kepada Allah supaya ia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah.

2) Aku telah bermohon kepada Allah supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam ( seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh s.a ) Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah.

3) Aku telah bermohon kepada Allah supaya umatkutidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara sesama islam ). Tetapi permohonanku ini telah ditolak).

Apa yang kita lihat hari ini ialah negara-negara islam sendiri bergaduh antara satu sama lain, hari ini orang islam bergaduh sesama sendiri, orang kafir menepuk tangan dari belakang, APAKAH INI YANG KITA MAHU??




Tiada ulasan:

Catat Ulasan