Selasa, 3 November 2009

~Hayati kulluha lillah

Teringat kuliah seorang ustaz ada menyebut, menurut satu ayat Quran ni, "Sesungguhnya Allah membeli dari org2 mukmin itu, jiwa2 dan harta2 mereka dan bagi mereka itu syurga."
Syurga itu milik Allah, Allah minta pada kita harta dan jiwa kita..tapi hakikatnya jiwa dan harta tu adalah milik Allah jugak. Tapi Allah gantikan yang lebih baik sebab Allah tahu apa yang lagi baik untuk manusia ni. Allah nak bagi syurga pada kita.

Beliau kata lagi, hidup kat dunia ni cuma 60-70 tahun je. Kalau orang jepun mungkin lama sikit. sampai 80 thn. Dunia ni ibarat ladang akhirat. Hidup di akhirat itu yang abadi selamanya. Apa yang kita kena buat kat dunia ni ialah hanya ibadah. Tapi ibadah tu bukanla khusus kepada apa yg Allah dah tetapkan je.mcm solat, puasa , zakat dan sebagainya. Bahkan ia merangkumi semua aspek kehidupan manusia. termasuklah tido dan makan. Dan ibadah itu membawa maksud apa yang dipraktikkan oleh Rasulullah, para anbiya' dan para solihin.

Maka sunnah yang paling besar adalah Dakwah dan perjuangan untuk meninggikan kalimatullah atas muka bumi ini. Dan..ubudiyyah tu jgk bmaksud segala apa yang Allah suka dan redha dari perkataan dan perbuatan.

Allah ada berfirman : "Sesungguhnya Allah suka mereka yang berjihad di jalannya.."
Allah sebut lagi : "Sesiapa yang lebih baik kata2nya dari mereka yang menyeru kepada Allah.."

Maka marilah sama2 kita gunakan seluruh potensi dan kelebihan diri yang ada untuk menyeru ummah yang semakin hari semakin hanyut dengan budaya yang entah apa2. Gunakan ianya hanya dalam kehidupan untuk Allah..

Lagi satu, nak tau x siapa perempuan pertama yang akan masuk syurga??..
Beliau ialah orang yang menarik kuda Sayyidah Fatimah untuk masuk syurga...anak Rasulullah pun xjadi orang pertama masuk syurga.. betapa hebatnya wanita ini..nak tau apa amalan wanita tu sampai dia boleh jadi orang pertama masuk syurga?..

Menurut riwayat, beliau adalah seorang yang sangat mentaati suaminya. sentiasa menunggu suaminya apabila suami pulang dari bekerja dan sentiasa bersedia untuk melakukan apa sahaja untuk suaminya. hmmm..apa yang ana nak sampaikan kat sini bukan nak suruh kawin..tapi, siapapun kita, dimana pun kita berada dan dalam apa keadaan sekalipun kita mesti sentiasa berusaha untuk melakukan yang terbaik. Yang penting gunakan segala kemampuan kita untuk Allah dan rasul..Moga segala amalan kita diterima oleh Allah dan dilimpahkan rahmat dan kasih sayangNya..

Wallahua'lam~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan