Ahad, 4 Oktober 2009

Ceritera hari raya

Sebenarnya kalau ikutkan hati, memang dah malas nak cite pasal raya. Tapi memandangkan ada sahabat ana yang bertanya pasal rendang yang masak malam raya tu..Sedap ke??Laku ke??..tak boleh jadi ni..ana kena lakukan sesuatu..so,ana ambik keputusan untuk ceritakan apa yang berlaku di pagi hari raya.

Al-kisahnya macam ni..Lepas balik dari masjid Salam utk solat raya, ana dan akhawat lain berjalan beramai-ramai ke rumah Zinnirah(nama rumah). Rumah Zinnirah buat open house hari ni. Banyak makanan diorang masak. Ada rendang, kuah kacang, mee goreng, nasi impit dan kuih raya..boleh tahan gak diorang masak..

Bila dah kenyang dan duduk agak lama sikit, ana dan ahli bayt pun nak minta diri utk balik rumah. Dalam jadual hari ni, ahli bayt ana ada dpt jemputan rumah terbuka di markaz singapura. Ana dan ahli bayt yang lain pun dijemput sama. Untuk pengetahuan semua, 2org ahli bayt ana adalah warga singapura. So, kitorang pun walaupun bukan warganegara yg sama tp nak join skali la..

Nak dijadikan cerita, kakak-kakak dr Alex nak datang beraya di rumah kami. Kami pun bawakla lebih kurang 5-6 orang ke rumah kami. Sampai di rumah, kami hidangkanla lauk pauk yang ada iaitu rendang ayam dan kuah kacang juga beberapa jenis kuih raya yang kami buat malam tadi.

Beberapa minit kemudiannya, ada lagi orang yang datang. Dan tetamu datang xputus2 selepas tu. Dari pelajar dirasat dan medic, semua ada. Ana pun xtau kenapa ramai sangat orang yang datang ni. Mungkin diorang ingat rumah kami pun buat open house macam rumah zinnirah jgk kot.

Tiba-tiba, handpone ana berbunyi. Ada sahabat ana call. Dia kata dia sekarang di rumah zinnirah dan nak datang ke rumah kami dengan membawa kawan2 dari negeri sembilan. Ana pun terus pegi tengok makanan cukup lg ke x..tapi nampaknya rendang dah tinggal seketul je ayamnya. Kuah kacang masih boleh ditambah air. Nasi impit dah nak abis..Ana pun cakap pada kawan ana yang makanan kat rumah kami dah nak abis. Ana suruh dia bagitau semua orang di rumah zinnirah supaya datang ke rumah kami pada hari raya ke2 kerana kami buat open house. Sebenarnya kami memang xplan langsung nak buat open house esok tp memandangkan ramai betul orang yang nak datang, kami pun buatla open house pada keesokan harinya..

Rancangan ana untuk ke rumah singapura terpaksa dibatalkan. Ahli bayt ana yang lain je yang pergi. Ana dan beberapa orang lagi stay kat rumah utk layan tetamu yang tak putus2 tu. Keesokan harinya, alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Walaupun di akhirnya makanan xcukup jgk tapi tak la sekalut semalamnya sebab ramai yang datang dalam keadaan kenyang. hihi..

Itu la cerita hari raya kami kat mesir ni. Macam-macam kerenah..Yela..semua benda kena buat sendiri..dari masak, kemas rumah, layan tetamu dan sebagainya. Kalau kat Malaysia, boleh nak harap kat mak dan ayah. Tapi kat sini xdptla..semua diri sendiri..

Apapun, semua perkara ni adalah proses pembelajaran. Kena banyak berfikir dan lakukan segala-galanya tanpa bantuan orang lain. Yakin dengan diri sendiri, berani dan kuat semangat. Semua ni juga proses tarbiyah dan islah diri. Memperbaiki diri untuk jadi yang lebih baik. Disamping tu, mengharapkan doa2 dan restu dari ibu bapa supaya sentiasa dalam redha dan rahmat Allah..:))

2 ulasan:

  1. Suhaili...bestnyer raya kat Mesir...bestnyer dapat rasa masakan anti...dr tak pandai masak, terus pandai masak la ni..jelesnye ana

    BalasPadam
  2. hahaha..nak kena ke mariam oii..ana bukanla xreti masak langsung..retila sikit2..xpe,nnt ana blk, ana ajr ko msk ek!sejam rm50 ok??deal?!

    BalasPadam