Rabu, 14 Oktober 2009

aduhai hati..

Dah beberapa hari berlalu, kuliyah berjalan seperti biasa. Kadang-kadang bila xdapat pergi kuliah kerana terpaksa menyelesaikan urusan lain, rasa terkilan sangat. Yela, takut terlepas muqarrar yang dah ditetapkan. Tapi, nak buat macamana, aulawiyat mesti ada. Tau yang mana penting untuk didahulukan.
Minggu ni, antara urusan yang perlu diselesaikan ialah urusan zakat. Banyak tempat yang nak di apply. hmm..banyak jugak ujian yang mendatang. Bak kata orang, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Segala urusan yang dilakukan mesti ada sesuatu yang membuatkan hati xtenang. Ada tempat kena marah dengan pakcik arab tu,ada tempat kena halau..
Namun, segalanya perlu dilalui dengan tenang dan redha. Orang kata, nak hidup kat tempat orang ni, kena la terima segalanya. Budaya dan adat mereka xsama dgn kita. Orang melayu ni lemah lembut. Seperti slogan yang selalu diwar-warkan dalam iklan kat tv1 tu "Budi bahasa budaya kita"..
Kalau dengan orang arab ni,memang payah nak jumpa yang senyum -senyum bila buat kerja.Kalau ada pun, satu dalam 50 orang kot. Kebanyakannya, lebih kepada tegas dan agak kasar bila berbicara.
Tapi, tu semua xpenting..apa sekalipun yang kita lalui..saya selalu ingat pesan ayah," selalu think positif!"..Walau macamana buruk pun seseorang tu, pasti ada kebaikannya. Antaranya, yang paling penting ialah, bila kita berurusan dengan orang yang lebih tegas, kita akan jadi lebih serius dalam buat kerja. Tak boleh main2 lagi. Dan kita jugak akan lebih kuat dan keras hati bila menghadapi sesuatu. Takdela bila orang gertak atau kutuk sikit, dah nak nangis..hihi..sifat ni lah yang bagus dipupuk lagi-lagi sebagai daie. Seorang daie tu, xdpt tidak, mesti akan mendapat cercaan dan tohmahan. Sedangkan Rasulullah sendiri pun diejek dan dikutuk..Bila kita hadapi situasi ni, kita xkan cepat melatah dan menjawap segala tohmahan yang dilontarkan pada kita. Yang penting, asbab tohmahan tersebut. Andai ia berpunca dari dakwah yang kita sampaikan, maka tak hairanlah, tapi, kalau ia disebabkan oleh akhlak kita, maka lebih baiklah kita bermuhasabah diri..Bak kata orang putih, recheck semua amalan kita, Adakah ia membawa fitnah kepada dakwah ataupun tidak??..

2 ulasan:

  1. ~setuju...ana lah tu dulu asyik nangis sikit2... tapi alhamdulillah,setiap yang berlaku mendidik kita untuk matang kan!~


    ::sayang kak seli...tapi nad teringin juga sebenarnya nak tengok akak nangis....hahaha::

    BalasPadam
  2. uish..susah jgk nk tunaikn keinginan awk tu..nnt la ek..di suatu saat nnt pastinya..:((

    BalasPadam